Berita Harian

Piya, Amiridzwan tawar diri

- Oleh Attirmidzi­e Rahman

Kota Bharu: Bekas kapten Kelantan, Badhri Radzi dan pemain pertahanan, Amiridzwan Taj mahu kembali menyertai mana-mana pasukan Liga Malaysia (Liga-m) musim depan.

Badhri dan Amiridzwan juga sedia berpisah dengan The Red Warriors (TRW) jika skuad itu tidak lagi berminat dengan khidmat mereka.

Amiridzwan, 32, berkata, dia dan Badhri diibaratka­n 'gantung tidak bertali' apabila pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) tidak menamatkan kontrak secara rasmi sekali gus menyukarka­n mereka mengintai peluang bersama pasukan lain musim ini.

"Kami tidak dapat buat apaapa keputusan lagi ketika ini kerana masih memiliki kontrak dengan Kelantan serta beberapa perkara yang belum diselesaik­an majikan (KAFA).

"Dan kalau ikut perancanga­n memang kami mahu beraksi lagi dengan mana-mana pasukan yang berminat tetapi apa yang dilakukan KAFA ibarat membunuh karier kami kerana kami tidak dibenarkan langsung bermain dengan pasukan.

Kontrak belum tamat

"Kami faham kehendak jurulatih... jika kami tiada dalam perancanga­n sekalipun, beri kami ruang untuk berlatih bersama pasukan sehingga tamat kontrak dan itu sekurang-kurang memberi kepercayaa­n jika ada pasukan lain mahukan khidmat kami musim depan," katanya ketika ditemui pada Kejohanan Futsal Kolej Komuniti Kelantan serta sesi pemilihan bakat untuk ke peringkat kebangsaan, semalam.

Terdahulu, kedua-dua pemain itu digugurkan TRW pada pertengaha­n musim ini selepas pasukan dikendalik­an bekas jurulatih kebangsaan Syria, Fajer Ebrahim.

Namun, timbul isu mengenai penggugura­n apabila ia dilakukan secara tidak rasmi dan kontrak mereka pada musim ini juga belum ditamatkan.

Mengulas mengenainy­a, Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya ketika ditemui turut memaklumka­n dia mahu menyertai mana-mana pasukan sebaik dilepaskan majikan nanti.

"Memang saya nak main lagi... jika ada tawaran pada musim depan, saya bersedia untuk berunding.

"Sekarang ini sudah ada satu pasukan yang mahu berjumpa saya untuk berunding namun keputusan tidak boleh dibuat kerana saya masih ada kontrak dengan Kelantan," katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia