Berita Harian

Petani mampu raih RM10,000 sebulan

Kawasan pedalaman miliki kekayaan untuk atasi kemiskinan

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Minimum RM4,000 hingga maksimum RM10,000 sebulan, adalah potensi jumlah pendapatan mampu diraih peserta industri pertanian dan asas tani di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Bumiputera dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata sebagai contoh, sektor akuakultur penternaka­n ikan tilapia di Tasik Batang Ai, Sri Aman, membabitka­n 9,434 sangkar, mampu menjana pendapatan lebih RM4,000 sebulan.

Beliau berkata, industri asas tani terus menunjukka­n potensi sebagai sumber kekayaan penduduk luar bandar dan pedalaman selepas mengambil kira pengusaha kecil ladang sawit di tanah seluas 7.2 hektar dapat meraih pendapatan RM5,760 sebulan.

“Kawasan luar bandar menyimpan sumber kekayaan dan mempunyai potensi ekonomi untuk membawa keluar penduduk luar bandar dan pedalaman daripada belenggu kemiskinan.

“Sehingga kini, seluas 622,229 hektar daripada 1.5 juta hektar Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sudah dibangunka­n dengan tanaman komuniti.

“Kawasan kelapa sawit mem- babitkan kawasan seluas 363,000 hektar; getah (179,700 hektar); sagu (43,447 hektar); lada (16,516 hektar); kelapa (12,617 hektar) dan koko (6,949 hektar),” katanya dalam ucapan penggulung­an di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, semalam.

Pembabitan belia rendah

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, berkata pembabitan belia dalam industri pertanian secara keseluruha­nnya terlalu rendah, malah merekodkan 14 peratus penurunan pembabitan mereka, tahunlalu.

“Antara faktor menyumbang peminggira­n golongan belia terhadap industri pertanian ialah 3D (kotor, bahaya dan sukar), kerja terlalu memenatkan dan tidak menguntung­kan. Faktor lain adalah masalah sumber tanah, kemahiran dan pendedahan,” katanya.

Beliau berkata, bagi menangani persepsi negatif itu, kerajaan negeri sedang mempromosi penggunaan teknologi moden dan pintar bagi menyokong sektor pertanian tepat demi menjamin nilai pendapatan adalah tinggi.

“Contoh terbaik boleh disaksikan di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) di Rampangi, Santubong, yang menarik penyertaan 18 peserta yang mana 87 peratus adalah belia.

“Peserta yang mempunyai pelbagai latar belakang akademik mampu menjana pendapatan antara RM7,000 hingga RM10,000 sebulan,”katanya.

Selain TKPM Rampangi, katanya, tiga lagi TKPM ditubuhkan di Kabuloh, Miri; Semenggok dan Pejiru di Kuching, manakala lima lagi TKPM sedang dalam perancanga­n pelaksanaa­n.

Katanya, daripada empat TKPM yang siap beroperasi, keseluruha­nnya ia membabitka­n 92 peserta dengan 53 peratus adalah belia dan nilai purata pendapatan mereka, RM4,500.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia