Berita Harian

Pengusaha di 1Borneo gusar, perniagaan semakin merudum

-

Kota Kinabalu: Pengusaha premis di kompleks 1Borneo Hypermall semakin gusar apabila perniagaan mereka merudum berikutan kekurangan jumlah pengunjung susulan ketiadaan pendingin hawa di pusat beli-belah itu.

Rata-rata pengusaha bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian, malah tertekan kerana tiada tempoh yang dapat diberikan pihak pengurusan bagi menyelesai­kan masalah berkenaan susulan kegagalan menjelaska­n tunggakan bil elektrik lebih RM8.7 juta.

Keadaan itu berlaku apabila Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) memotong bekalan elektrik di 1Borneo Hypermall membabitka­n bahagian pendingin hawa, minggu lalu, selepas pihak pengurusan masih gagal menjelaska­n tunggakan bil walaupun notis diberikan beberapa kali sebelum ini.

Tinjauan NSTP di pusat belibelah yang menempatka­n lebih 500 peniaga itu mendapati, keadaan sangat lengang dengan individu yang berada di pusat beli-belah itu sebahagian besarnya adalah peniaga dan pekerja.

Keadaan panas di dalam pusat beli-belah itu jelas terasa, terutama selepas sekitar jam 12 tengah hari dengan beberapa pemilik dan pekerja premis perniagaan dilihat membawa kipas angin sendiri untuk menyejukka­n badan.

Peniaga kafe yang hanya mahu dikenali sebagai Zulfian, 42, berkata ketiadaan pendingin hawa sememangny­a menjejaska­n perniagaan­nya.

Katanya, selepas lebih seminggu beroperasi tanpa pendingin hawa, tidak ramai pelanggan datang sehingga perniagaan­nya terjejas teruk.

Selesai secepat mungkin

“Kami harap masalah ini dapat diselesaik­an secepat mungkin. Kami hanya bergantung harap kepada perniagaan di sini untuk cari makan. Kami terpaksa beli kipas untuk keselesaan pelanggan namunituti­dakcukupke­ranakea- daan yang sangat panas,” katanya.

Pekerja kedai cermin mata, Eby Rochelle Jusili, 20, berkata keadaan pusat beli-belah yang tiada pendingin hawa bukan sahaja menyebabka­n pelanggan semakin berkuranga­n, malah dia terpaksa bekerja dalam keadaan panas dan tidakseles­a.

“Jualan semakin teruk, bayangkan semalam tiada seorang pun pelanggan masuk ke kedai kami,” katanya.

Kelmarin, 1Borneo Management Corporatio­n (1BMC) yang menguruska­n pusat beli-belah itu dalam kenyataann­ya, berkata pihaknya masih berunding dengan Sesbmengen­aipelanpen­yelesaian yang dicadangka­n untuk pembayaran bil dan penyambung­an semula bekalan elektrik pusat beli-belah itu.

Katanya, jika tiada penyelesai­an dicapai, 1Borneo Hypermall mungkin terpaksa ditutup.

 ?? [ FOTO EDMUND SAMUNTING /BH ] ?? Pekerja di pusat beli belah 1Borneo terpaksa menggunaka­n kipas angin untuk menyejukka­n diri berikutan ketiadaan penghawa dingin di kompleks beli belah 1Borneo, Kota Kinabalu.
[ FOTO EDMUND SAMUNTING /BH ] Pekerja di pusat beli belah 1Borneo terpaksa menggunaka­n kipas angin untuk menyejukka­n diri berikutan ketiadaan penghawa dingin di kompleks beli belah 1Borneo, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia