Berita Harian

Kemungkina­n hilang kelayakan

-

Kota Kinabalu: Ahli Parlimen yang tidak hadir pada majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat kelmarin, berdepan kemungkina­n hilang kelayakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong, berkata mereka mungkin hilang kelayakan dalam tempoh enam bulan bermula 16 Julai lalu, jika gagal mengangkat sumpah.

“Ahli Parlimen yang dipilih, yang tidak mengangkat sumpah pada Isnin lalu, mungkin hilang kelayakan dalam tempoh enam bulan dari 16 Julai sekiranya mereka gagal untuk mengangkat sumpah seperti mana termaktub di bawah Perkara 59 Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Kelmarin, Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa, yang juga anak bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman gagal hadir di Dewan Rakyat untuk mengangkat sumpah.

Bercuti sakit selama sebulan

Mengulas lanjut, Vui Keong berkata, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menghantar notis yang menyatakan beliau ketika ini cuti sakit selama sebulan.

“Dewan Rakyat akan membuat sesi lain untuk Muhyiddin mengangkat sumpah.

“Bagi Ahli Parlimen Sipitang, kita tidak menerima sebarang pemberitah­uan menerusi surat mengenai sebab beliau tidak dapat hadir untuk mengangkat sumpah pada Isnin,” katanya.

Semalam, NSTP melaporkan, Yamani Hafez yang juga Ketua Pemuda UMNO Sabah tidak hadir bagi upacara mengangkat sumpah di Dewan Rakyat kelmarin kerana dipercayai berada di luar negara.

Beberapa pemimpin Pemuda UMNO negeri percaya beliau kini berada di London, kemungkina­n bersama bapanya.

Pemimpin UMNO serta Pemuda UMNO Sabah mengakui kali terakhir berjumpa Yamani Hafez ialah di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), iaitu sebelum Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia