Berita Harian

10 syarikat dikenal pasti terbabit pembalakan haram

40,161 balak disyaki disimpan untuk diproses tanpa cukai hasil kayu

- Oleh Avila Geraldine

Kerajaan negeri mengenal pasti lebih 10 syarikat disyaki terbabit dalam pembalakan haram di kawasan hutan simpan di negeri ini.

Dalam operasi khas baru-baru ini, Jawatankua­sa Pembantera­san Pembalakan Haram di bawah Jabatan Ketua Menteri merekodkan 40,161 balak disyaki disimpan untuk diproses tanpa cukai hasil kayu.

Operasi pembantera­san sejak awal bulan ini memberi tumpuan di kawasan Hutan Simpan Sungai Pinangah (konsesi Yayasan Sabah) di Tongod; Hutan Simpan Trusmadi (Unit Pengurusan Hutan 5) di Ranau dan Hutan Simpan Gunung Rara (konsesi Yayasan Sabah) di Kalabakan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata laporan kepada polis dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah dibuat bagi menyiasat kes ini.

“Kita percaya aktiviti pembalakan ini (diurus oleh syarikat yang disyaki) telah melanggar peruntukan mengikut Enakmen Perhutanan 1968.

“Ini adalah antara tindakan yang diambil untuk melindungi hasil hutan daripada dieksploit­asi kerana di beberapa kawasan, ada hampir 20,000 kayu balak tanpa cukai yang terbiar.

Saiz kayu diragui

“Saiz kayu juga diragui dan dipercayai telah melanggar peruntukan yang diberi oleh Jabatan Perhutanan dan aktiviti pembalakan juga membabitka­n pemotongan spesies pokok ‘belian’ yang dilindungi,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Menjawab soalan berapa lama syarikat pembalakan itu beroperasi, Mohd Shafie berkata, beliau tidak pasti tetapi menegaskan mungkin sudah agak lama mendapat lesen.

“Yang pasti kelulusan bukan diberi oleh kerajaan hari ini. Bagaimanap­un, saya tidak mahu membuat sebarang tanggapan. Apa yang pasti kami amat tegas dalam memastikan tindakan diambil (terhadap syarikat terbabit),” katanya.

Ketika ini, sebanyak 9,300 balak ditahan di kilang dan hutan simpan di Tongod manakala 549 di kilang papan di Sandakan dan 5,091 di hutan simpan di Ranau.

Di Kalabakan, sebanyak 6,221 kayu balak ditemui di hutan simpan dan 19,000 lagi di dua kilang.

Kelmarin, Mohd Shafie mengumumka­n kerajaan mengaktifk­an semula Jawatankua­sa Pembantera­san Pembalakan Haram bagi menangani isu perhutanan di Sabah.

Mohd Shafie dilaporkan berkata, langkah itu bagi memperkasa­kan lagi pelaksanaa­n dan penguatkua­saan undangunda­ng untuk melindungi sumber hutan Sabah daripada sebarang eksploitas­i.

 ?? [FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] ?? Mohd Shafie pada sidang media di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] Mohd Shafie pada sidang media di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia