Berita Harian

Sedia timbang peruntukan dana kepada ADUN PH

-

Petra Jaya: Kerajaan Sarawak bersedia memperuntu­kkan dana kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) jika Kerajaan Pusat turut memberi dana kepada wakil rakyat, khususnya Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg sekali lagi menekankan kepentinga­n kerajaan negeri bekerjasam­a rapat dengan Kerajaan Pusat yang sebelum ini berikrar menjadi satu kerajaan adil dan cekap.

“Kerajaan Sarawak bersedia mempertimb­angkan memperuntu­kkan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada setiap wakil rakyat PH jika kerajaan PH melakukan perkara sama kepada wakil rakyat GPS.

Peruntukan siling RM1 juta

“Saya juga mengumumka­n kerajaan Sarawak memperuntu­kkan siling RM1 juta kepada setiap wakil rakyat GPS bagi melaksanak­an Program Baik Pulih Rumah menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulung­an di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, semalam.

Tindakan neutral wakil rakyat PH ditunjukka­n pada Persidanga­n Dewan Rakyat, bermula semalam, dengan 19 wakil rakyatnya kekal berada dalam dewan walaupun majoriti wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan PAS keluar dewan bagi membantah pelantikan Speaker, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi, berkata persekitar­an politik yang cukup berbeza menggamit kesemua pihak di negeri ini agar terus berjuang memajukan dan mempertaha­nkan hak Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia