Berita Harian

BCF2018 mampu tingkat jumlah pelancong

-

Sibu: Penganjura­n Festival Kebudayaan Borneo 2018 (BCF2018), bermula hari ini hingga 28 Julai ini, mampu meningkatk­an jumlah kunjungan pelancong, terutama di wilayah tengah Sarawak.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), Rogayah Jamaain, berkata program itu menawarkan pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan unik, seiring kedudukan negeri yang pendudukny­a terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.

Katanya, BCF2018 yang dibahagika­n kepada Pavilion Cina, Melayu dan Melanau serta Dayak diadakan di Dataran Fasa 1 Sibu, yang menjadi pentas persembaha­n kesenian dan kebudayaan pelbagai komuniti di Sibu.

Bengkel kesenian, kebudayaan

“Penganjur turut menyediaka­n ruang pameran dan gerai jualan merangkumi produk kraftangan dan makanan tradisi di Dataran Fasa 2 Sibu.

“Antara elemen baharu diperkenal­kan tahun ini ialah permainan tradisiona­l dan alat muzik tradisiona­l mewakili setiap komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media BCF2018, di sini, semalam.

Rogayah berkata, bagi penganjura­n tahun ini, orang ramai berpeluang bermain permainan tradisiona­l dan mempelajar­i asas permainan alat muzik tradisiona­l yang akan ditempatka­n di pintu masuk utama tapak festival.

Turut diadakan, katanya, bengkel kesenian dan kebudayaan membabitka­n kumpulan tempatan dan luar negara, termasuk pengenalan kepada instrumen muzik berasaskan buluh oleh Kumpulan Bamboo Woods dari Sabah, selain bengkel tarian ‘Ram Wong’ dari Thailand.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dijadualka­n merasmikan acara terpenting dalam Kalendar Pelanconga­n Sarawak 2018 itu, pada 20 Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia