Berita Harian

Penduduk 7 rumah panjang nikmati air bersih Oktober

900 penghuni Nanga Semah lega masalah berjaya diatasi

- Oleh Khalid Latip

Penduduk tujuh rumah panjang di Nanga Semah, di sini, akhirnya lega apabila bakal menikmati bekalan air bersih, Oktober ini, selepas sekian lama menunggu kemudahan itu.

Malah, sebahagian besar penduduk terharu dengan keprihatin­an kerajaan negeri, yang komited menyediaka­n kemudahan asas terbaik, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Bagi Tuai Rumah, John Tan, 68, perkembang­an itu bakal membuka lembaran baharu dalam kehidupan harian penduduk setempat, malah menganggap­nya sebagai simbolik nikmat pembanguna­n dikecapi negeri ini.

“Bekalan air yang sempurna ke penempatan ini cukup bermakna buat kami. Malah ia satu nikmat yang amat besar. Apa yang kerajaan negeri berikan ini sesuatu yang amat kami idamkan.

“Ia sekali gus menyelesai­kan masalah lebih 900 penduduk setempat yang selama ini hanya bergantung kepada air tadahan hujan dan sungai. Sebahagian besar penduduk bekerja sendiri, bercucuk tanam dan menangkap ikan secara kecil-kecilan. Sudah pasti kemudahan ini amat kami perlukan,” katanya.

Ucap terima kasih

Beliau turut berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, yang hampir setiap minggu melawat ke kawasan penempatan itu bagi meninjau keperluan penduduk setempat.

Sementara itu, Safiee menjelaska­n pelaksanaa­n projek bernilai RM6.8 juta itu, yang dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober ini, membuktika­n komitmen kerajaan negeri membangunk­an kemudahan asas di kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Kita berharap projek ini dapat disiapkan mengikut jadual. Apabila siap nanti, kemudahan ini juga boleh dinikmati oleh sebuah klinik desa dan sekolah rendah di Nanga Semah,” katanya.

Beliau berkata, satu taklimat khas bersama penduduk turut diadakan di Nanga Semah, baru-baru ini, mengenai perkembang­an terkini projek yang dikendalik­an oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) itu.

“Kita juga mohon kerjasama penduduk setempat memastikan pelaksanaa­n projek berjalan lancar,” katanya sambil meminta semua Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) bergerak aktif dalam melaksanak­an aktiviti yang boleh memperkasa­kan solidariti dalam kalangan masyarakat.

 ?? [FOTO KHALID LATIP/BH] ?? Safiee (kanan) ketika mengadakan lawatan kerja di Nanga Semah, Mukah, kelmarin.
[FOTO KHALID LATIP/BH] Safiee (kanan) ketika mengadakan lawatan kerja di Nanga Semah, Mukah, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia