Berita Harian

JHL tangkap buaya tembaga

-

Kota Belud: Seekor buaya tembaga berukuran tiga meter panjang akhirnya ditangkap selepas lebih sebulan usaha memburu reptilia itu dijalankan di Kampung Marabau, di sini.

Reptilia jantan itu masuk ke perangkap dipasang Jabatan Hidupan Liar (JHL) di kawasan empangan Sungai Marabau, Ahad lalu.

Jurucakap JHL Sabah, Siti Nur Ain Ampuan Acheh, berkata pihaknya menerima aduan daripada penduduk sebulan lalu mengenai kelibat buaya yang sering berlegar berhampira­n sungai itu sehingga menimbulka­n kebimbanga­n.

“Ada penduduk mendakwa melihat kelibat buaya terbabit sejak tahun lalu ketika memancing dan menjala ikan di sungai berkenaan.

Sukar ditangkap

“Oleh kerana ia sukar ditangkap dan lebih kerap dilihat berada di permukaan air sebelum hilang, kami menyediaka­n perangkap diperbuat daripada besi, dengan umpan daging ayam,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Siti Nur Ain berkata, usaha menangkap buaya itu turut mendapat kerjasama daripada penduduk Kampung Marabau yang membawa perangkap berkenaan di kawasan lapang sebelum diserahkan kepada pihak JHL.

“Penduduk membantu pihak JHL secara rutin dalam memastikan perangkap itu sentiasa berisi umpan dan kejayaan menangkap reptilia berkenaan juga sekali gus mengelak ancaman bahaya kepada mereka untuk menangkap ikan.

“Buaya itu kemudian dihantar ke Pusat Pemelihara­an dan Penyelamat­an Haiwan Hidupan Liar (WRC) Lok Kawi di Kota Kinabalu,” katanya.

 ?? [FOTO RECQUEAL RAIMI/BH] ?? Kakitangan JHL menangkap buaya tembaga di Kampung Marabau, Kota Belud, Ahad lalu.
[FOTO RECQUEAL RAIMI/BH] Kakitangan JHL menangkap buaya tembaga di Kampung Marabau, Kota Belud, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia