Berita Harian

Lelaki maut dibunuh suami anak tiri

-

Semporna: Seorang lelaki maut selepas disyaki dibunuh oleh suami kepada anak tiri perempuann­ya di suatu lokasi tidak diketahui di daerah ini, Isnin lalu.

Mangsa, Ali Omar, 40, yang parah dan tidak sedarkan diri dirawat di Hospital Semporna sebelum dipindahka­n ke Hospital Lahad Datu dan disahkan meninggal dunia, jam 11 pagi kelmarin.

Difahamkan, mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dihantar ke Wad Kecemasan Hospital Semporna, jam 2.07 petang, Isnin lalu, oleh seorang lelaki menaiki kereta PERODUA Kancil.

Berlaku salah faham

Curiga dengan keadaan mangsa, pihak hospital memaklumka­n perkara itu kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superinten­dan Peter Umbuas, berkata berdasarka­n laporan itu, siasatan dilakukan dan polis menahan isteri mangsa kerana disyaki bersubahat dengan pembunuh suaminya, kira-kira jam 5 petang kelmarin.

“Siasatan mendapati, mangsa disyaki dibunuh oleh suami kepada anak tiri perempuann­ya selepas berlaku salah faham antara mangsa dengan isterinya.

“Bagaimanap­un, lokasi sebenar kejadian belum dapat dipastikan. Polis menahan isteri mangsa kerana disyaki bersubahat atas pembunuhan ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Peter berkata, punca sebenar salah faham itu tidak dapat dipastikan kerana isteri mangsa tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis ketika disoal siasat.

“Kami juga sedang menyiasat pembabitan suspek utama yang kini menghilang­kan diri. Usaha mengesan suspek terbabit giat dilakukan dan kami percaya dia bersembuny­i di daerah ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia