Berita Harian

Peluang Spieth ukir sejarah

Penyandang juara Terbuka British tak sabar ikut jejak Harrington

-

Penyandang juara Terbuka British, Jordan Spieth yakin mampu muncul pemain pertama menyamai pencapaian dilakukan pemain Ireland, Padraig Harrington yang berjaya mempertaha­nkan gelaran pada edisi 2007/08.

Spieth, 24, bersama rakan senegarany­a dari Amerika Syarikat (AS) kini berkobarko­bar untuk menguasai pentas saingan yang bermula, hari ini tatkala Tiger Woods kembali menghangat­kan lagi saingan dengan penampilan semula di kejohanan tertua dunia itu.

Woods tampil bersaing sekali lagi tahun ini selepas kali terakhir mengambil bahagian pada 2015. Ketiadaann­ya disebabkan kecederaan bahagian belakangny­a yang menyaksika­n legenda AS itu menjalani pembedahan dan rehat yang panjang.

Spieth sejak muncul juara Terbuka British Julai tahun lalu belum memenangi sebarang gelaran major tetapi yakin sentuhanny­a sudah kembali menjelang pusingan pertama di lapangan Carnoustie itu.

“Saya dapat rasakan keyakinan itu sudah kembali selepas beberapa minggu berdepan masalah dan ia amat seronok dapat bermula sekali lagi,” kata Spieth kepada media di sini, kelmarin.

Peralatan ‘hilang’

“Saya rasa sudah berada pada landasan tepat untuk memulakan saingan, saya sedar perlu melakukan kerja keras ke arah itu.

“Kejohanan ini memerlukan saya melakukan kombinasi permainan terbaik, ia memang tempat yang bagus untuk saya kembali ke prestasi asal.”

Rakannya terutama juara Jelajah PGA, Justin Thomas, Patrick Reed (juara Masters) dan Brooks Koepka, yang mempertaha­nkan gelaran Terbuka AS bulan lalu, turut mengintai peluang meraih trofi kejuaraan edisi kali ini.

Rickie Fowler yang mengejutka­n dunia selepas beg peralatan golfnya ‘hilang’ di AS turut tampil menyahut cabaran di sini.

Woods, yang menjuarai Terbuka British tiga kali pada 2000 dan kemudian pada 2005/06 mencetuska­n inspirasi kalangan pemain muda AS juga bakal menjadi tumpuan sekali lagi dalam kalangan peminat yang rindu dengan kepintaran­nya beraksi mengatasi setiap cabaran di lapangan.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ??
[ FOTO REUTERS ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia