Berita Harian

Persediaan hadapi cabaran kerjaya

Platform terbaik untuk membentuk modal insan negara

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my ̌ Kuala Lumpur

Seramai 70 peserta Program Pembanguna­n Profesiona­l ILTIZAM (ILTIZAM PDP) 2017 anjuran Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) yang berjaya menamatkan latihan setahun di organisasi itu dan syarikat rakan strategikn­ya diraikan pada majlis graduasi di sini, kelmarin.

Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepenti­ngan Ekuinas, Hizwani Hassan, berkata sejak diperkenal pada 2012, program berimpak tinggi itu sudah berjaya dimanfaatk­an oleh 281 peserta untuk mendepani cabaran kerjaya dan keperluan majikan masa ini.

Beliau berkata, pihaknya berharap lebih ramai graduan dari kawasan pedalaman seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak dapat merebut peluang mengikuti program itu pada pengambila­n akan datang.

“Kami akan memperkena­lkan permohonan secara dalam talian bagi pengambila­n peserta selepas ini yang akan dibuka pada awal bulan depan hingga akhir September.

“Program ini dapat meningkatk­an keyakinan dan keberanian peserta khususnya dalam berkomunik­asi secara efisien serta menonjolka­n potensi diri kepada majikan, selain mampu mengeluark­an pelbagai idea baharu,” katanya. Lebih mapan

Beliau berkata demikian pada Majlis Graduasi ILTIZAM PDP 2017 di Pusat Kreatif KanakKanak Tuanku Bainun, Taman Tun Dr Ismail, di sini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir.

ILTIZAM PDP menumpukan kepada tiga tonggak utama, iaitu keusahawan­an, pendidikan dan komuniti dengan program dilaksanak­an memfokuska­n usaha bagi membantu mereka yang memerlukan serta memastikan masa hadapan lebih mapan.

Sementara itu, seorang peserta, Syamimi Ab Manaf, 27, berkata program itu memberinya banyak pengalaman berharga seperti yakin dengan kemampuan diri dan meningkatk­an kemahiran insaniah dengan berkesan.

Anak kelahiran Kuala Terengganu yang juga graduan Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata, seseorang itu mampu meraih kejayaan asalkan mereka bersungguh­sungguh untuk mencapainy­a.

“Sebelum ini saya memang sedikit malu untuk berkomunik­asi di depan khalayak umum namun selepas menyertai program ini, saya menjadi lebih berani dan yakin dengan kemampuan diri.

“Majikan memang meletakkan harapan tinggi pada setiap pekerja, oleh itu kita mesti berkeyakin­an tinggi untuk memberikan idea bermanfaat kepada majikan untuk kepentinga­n jangka panjang,” katanya.

ILTIZAM PDP yang bermula sejak tujuh tahun lalu adalah antara platform terbaik untuk membentuk modal insan negara yang berdaya saing, sekali gus persediaan melengkapk­an graduan dengan pelbagai kemahiran untuk pasaran kerjaya.

 ?? [FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD / BH] ?? Syed Yasir Arafat (tengah) bersama-sama peserta program Program Pembanguna­n Profesiona­l ILTIZAM (PDP) 2017 di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD / BH] Syed Yasir Arafat (tengah) bersama-sama peserta program Program Pembanguna­n Profesiona­l ILTIZAM (PDP) 2017 di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia