Berita Harian

Shahir pendam rasa

Hasrat kembali aktif masih belum kesampaian

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Seperti ada sesuatu yang sukar diluahkan, terutama apabila menyentuh perihal kerjaya seninya. Sempat menyertai program realiti, AF Megastar, untuk menaikkan semula namanya, namun percubaan itu belum membuahkan hasil diharapkan.

Malah, lagu Mama yang dibawanya pada konsert akhir pertanding­an itu, namun usaha itu menyepi begitu sahaja. Hampir setahun memendam rasa, Shahir Zawawi mengakui, selama ini, terpaksa mendi amkan diri demi menjaga hati pihak lain.

“Saya bukan sengaja menghilang, namun tidak menafikan, sedikit sebanyak berkait rapat dengan penghasila­n single terbaru ini. Ada sedikit isu yang timbul, tetapi saya tidak dapat mengulas panjang mengenai perkara itu.

“Memang saya berhasrat menjadikan Mama sebagai single untuk kembali mengatur langkah. Malah, besar harapan saya untuk melihat Mama akan mengukuhka­n semula nama saya dalam industri. Tetapi, ada perkara yang berlaku membuatkan hasrat itu tidak kesampaian,” katanya.

Saya bukan sengaja menghilang, namun tidak menafikan, sedikit sebanyak berkait rapat dengan penghasila­n single terbaru ini. Ada sedikit isu yang timbul, tetapi saya tidak dapat mengulas panjang mengenai perkara itu”

Menyentuh hubungan cintanya dengan primadona filem Melayu, Erra Fazira, Shahir memberikan bayangan, dia sudah bersedia untuk membawanya ke fasa serius.

Mengaku sudah bersedia menjadi suami, malah tidak kekok untuk menjalanka­n tanggung jawab sebagai bapa kepada puteri tunggal Erra, Engku Aleesya, 9, Shahir menegaskan, hubungan mereka turut mendapat restu keluarga.

“Insyaallah, kalau ada rezeki tahun ini, maka tahun ini (berkahwin). Saya bagaimanap­un, belum dapat memaklumka­n tarikhnya. Apabila tiba masanya nanti, saya akan beritahu kepada semua.

“Alhamdulil­lah, hubungan kami tiada masalah dan keluarga juga merestuiny­a. Cuma, saya masih menunggu tarikh dan ketikanya,” kata Shahir.

Bintang Akademi Fantasia itu bagaimanap­un, menafikan sudah menghantar rombongan untuk merisik Erra pada 1 Syawal lalu. Dia sebaliknya berkata, kunjungan keluargany­a itu sekadar ziarah sempena Aidilfitri.

“Kami merancang untuk terus bernikah, tanpa perlu bertunang. Namun, saya serahkan semua ini kepada jodoh. Aleesya juga menerima baik kehadiran saya.

“Cuma, buat masa ini, saya memohon sedikit ruang untuk membuat perancanga­n. Apabila sudah ada tarikhnya nanti, saya akan hantar jemputan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Shahir bersama peminat ketika majlis kenduri durian raya di Setapak Sentral.
Shahir bersama peminat ketika majlis kenduri durian raya di Setapak Sentral.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia