Berita Harian

Lexis Hibiscus menang anugerah Brandlaure­ate

-

Lexis Hibiscus Port Dickson (Lexis Hibiscus) merangkul ‘Jenama Terbaik Dalam Hospitalit­i - Resort Premium’ pada majlis Anugerah Jenama Terbaik The Brandlaure­ate Brand 2017-2018 baru-baru ini.

Presiden Lexis Hotel Group, Mandy Chew Siok Cheng, berkata pengumuman berkenaan dibuat Yayasan Jenama Asia Pasifik pada majlis makan malam gala di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pihaknya berbangga dengan pasukan Lexis Hibiscus kerana menambah ciri lain dalam tugas mereka.

“la adalah penghargaa­n kepada kerja keras dan usaha cemerlang pihak kami untuk mengetenga­hkan jenama Lexis Hibiscus, di samping menjadikan operasi perniagaan sesuatu yang menguntung­kan.

“Membina budaya jenama yang mantap dan konsisten adalah satu cabaran yang kami ambil dengan sepenuh hati ketika pertama kali dibuka pada 2015 dan kami cemerlang kerana percaya pada jenama dan apa yang kami rasa,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

639 vila kolam renang

Siok Cheng menerima trofi pewter dan dilapis emas 24K daripada Presiden Brandlaure­ate, Dr KK Johan.

Penghargaa­n yang diterima Lexis Hibiscus sebelum ini,termasuk dua Rekod Dunia Guinness untuk kolam renang paling banyak di sebuah resort dan ‘vila dalam air paling banyak di sebuah resort’, yang disahkan pada 14 Oktober 2016.

Pusat peranginan berkenaan terletak di sepanjang pantai Pasir Panjang dan ia mempunyai 639 vila kolam renang merangkumi bilik menara dan vila dalam air.

Setiap vila didatangka­n dengan saiz yang luas dan dihias dengan keselesaan gaya hidup moden

Turut melengkapi vila berkenaan adalah kepelbagai­an aktiviti air dan pantai yang luas dan semuanya dibina menghadap struktur air pancut tertinggi di negara ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia