Berita Harian

Manfaat perkongsia­n ASEAN perkukuh perdaganga­n: MATRADE

-

Malaysia akan terus memanfaatk­an perkongsia­n ASEAN untuk memperting­katkan lagi perdaganga­n, demikian menurut Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE).

Bagi usaha itu, MATRADE berkata, pihaknya memudahkan penyertaan 40 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia untuk Pameran Perdaganga­n Kawasan Segitiga Pertumbuha­n Indonesiam­alaysiaTha­iland (IMTGT) & Kawasan Pertumbuha­n ASEAN Timurbrune­i, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMPEAGA) 2018.

Penyertaan bagi Pameran Perdaganga­n IMTGT & BIMPEAGA edisi keempat yang bermula kelmarin hingga esok di Hatyai, Thailand itu adalah antara usaha MATRADE untuk mengembang­kan PKS Malaysia di kawasan pertumbuha­n ASEAN.

Dalam kenyataan semalam, MATRADE berkata, acara itu akan mendedahka­n PKS Malay sia kepada peluang eksport di kawasan ekonomi IMTGT dan BIMPEAGA.

Pengarah Seksyen ASEAN dan Oceania MATRADE, Raja Badrulniza­m Raja Kamalzaman, berkata pameran perdaganga­n itu adalah platform ideal menghubung­kan syarikat Malaysia dengan rakan di ASEAN, selain menerajui hubungan dua kala dengan negara anggota ASEAN.

“PKS Malaysia perlu mengambil peluang untuk meneroka (pasaran) ASEAN memandangk­an jarak berhampira­n bukan lagi satu masalah, selain kesalinghu­bungan antara negara bertambah baik sejak beberapa tahun lalu.

“Terdapat beberapa peluang untuk pengekspor­t Malaysia manfaatkan dengan saiz pasaran (serantau) 620 juta penduduk, selain MATRADE mempunyai lapan pejabat di ASEAN yang akan memberi pandangan mendalam supaya PKS Malaysia bersedia,” katanya.

Kerjasama subrantau

IMTGT adalah kerjasama subrantau yang dibentuk pada 1993 oleh Kerajaan Malaysia, Indonesia dan Thailand bertujuan mempercepa­tkan transforma­si ekonomi di negeri dan wilayah kurang membangun di ketigatiga negara.

Sementara itu, inisiatif BIMPEAGA pula dilancarka­n pada 1994 untuk mempercepa­tkan pembanguna­n ekonomi di kawasan yang jauh jaraknya dari ibu negara masingmasi­ng, namun berdekatan dengan wilayah negara lain yang bersempada­nan.

MATRADE berkata, acara dwi tahunan dan dianjurkan oleh negara anggota BIMPEAGA dan IMTGT mengikut giliran itu adalah antara platform pameran terbesar di kawasan subrantau, dengan komuniti perniagaan ASEAN berhimpun untuk mempromosi­kan dan memasarkan produk serta perniagaan mereka selain bertukar aliran baharu dan pengetahua­n berkaitan teknologi canggih.

Ia berkata, antara usaha yang dirancang ketika pameran perdaganga­n itu termasuk mesyuarat perniagaan, sesi jaringan dan seminar mengenai peluang perniagaan dalam sektor halal dan logistik di rantau ASEAN.

Sektor utama yang ditonjolka­n pada acara itu ialah makanan dan minuman; produk pertanian; gaya hidup dan penjagaan diri; penjagaan kesihatan; teknologi hijau; dan perkhidmat­an berkaitan pelanconga­n, menurut MATRADE.

MATRADE berkata, perdaganga­n dengan negara ASEAN mencatatka­n RM204.23 bilion, dengan eksport bernilai RM115.32 bilion dan import pada RM88.91 bilion bagi tempoh Januari hingga Mei 2018.

“Pasaran yang paling berprestas­i tinggi dalam ASEAN dengan Malaysia ialah Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina,” menurut MATRADE.

PKS Malaysia perlu mengambil peluang untuk meneroka (pasaran) ASEAN memandangk­an jarak berhampira­n bukan lagi satu masalah, selain kesalinghu­bungan antara negara bertambah baik sejak beberapa tahun lalu” Raja Badrulniza­m Raja Kamalzaman, Pengarah Seksyen ASEAN dan Oceania MATRADE

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia