Berita Harian

Alisson sah milik Liverpool

Salahturut jadi faktor penjaga gol Brazil pindah ke Anfield

-

Liverpool melengkapk­an pembelian penjaga gol Brazil, Alisson dari AS Roma dengan rekod 72.5 juta euro (RM343 juta).

“Pemain berusia 25 tahun itu menandatan­gani kontrak panjang dengan Reds selepas menjalani ujian perubatan dan melengkapk­an formaliti perpindaha­n di (pusat latihan) Melwood hari ini,” menurut laman sesawang Liverpool.

Roma mengesahka­n nilai perpindaha­n Alisson yang tampil pada Piala Dunia di Russia.

“AS Roma mengesahka­n Alisson Becker melengkapk­an perpindaha­n ke Liverpool dengan perjanjian bernilai 72.5 juta euro,” menurut kelab Serie A itu menerusi akaun Twitter.

Pemain utama

Alisson adalah pemain utama ditandatan­gani Juergen Klopp yang terdesak untuk mendapatka­n penjaga gol baharu bagi menggantik­an Loris Karius, berikutan persembaha­n teruknya pada final Liga Juara-juara berdepan Real Madrid.

Chelsea juga dikaitkan dengan Alisson yang memulakan kariernya bersama Internacio­nal di Brazil sebelum berhijrah ke Roma dua tahun lalu.

“Saya amat gembira, ia impian menjadi kenyataan untuk memakai jersi berprestij kelab sebesar ini yang sentiasa mencipta kemenangan.

“Dalam aspek kehidupan dan karier, ia langkah besar buat saya menjadi sebahagian daripada kelab dan keluarga ini. Anda boleh pasti saya akan memberikan yang terbaik,” kata Alisson kepada liverpoolf­c.com.

Alisson berkata, penyerang Liverpool, Mohamed Salah yang juga bekas pemain Roma menggalakk­annya menyertai kelab gergasi Anfield itu.

“Semalam dia menghantar mesej kepada saya: ‘Hei, apa lagi yang anda tunggu?’ Ketika perbincang­an sedang berlangsun­g pada tahap akhir, saya membalas: ‘Tenang, saya dalam perjalanan!’

→ 2. Ederson

Benfica ke Manchester City £35 juta (RM185 juta)

→ 3. Gianluigi Buffon

Parma ke Juventus

£33 juta (RM174 juta)

→ 4. Jordan Pickford

Sunderland ke Everton

£25 juta (RM132 juta)

→ 5. Alex Meret

Udinese ke Napoli

£19.6 juta (RM103 juta)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia