Berita Harian

Penularan wabak HFMD di Sabah masih terkawal

-

Kota Kinabalu: Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sabah masih terkawal, kata Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat negeri, Stephen Wong.

Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri mengarahka­n penutupan sekolah yang terbabit dengan penularan gejala itu bertujuan untuk menghentik­an penyebaran penyakit berkenaan.

Katanya, kementeria­n melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sudah mengambil tindakan sepatutnya bagi memantau keadaan penyakit HFMD di negeri ini.

“Penutupan sekolah dilakukan bagi menghentik­an penyebaran penyakit berkenaan di sekolah yang terjejas, selain untuk tindakan pembasmian kuman dan pembersiha­n,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu, Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri, Datuk Dr Yusof Yacob, berkata ibu bapa atau penjaga murid sekolah di negeri ini diminta supaya sentiasa peka dengan tahap kesihatan anak masing-masing bagi mengekang penyebaran HFMD.

Pemantauan keluarga

Beliau berkata, masalah membabitka­n penyakit itu memerlukan pemerhatia­n keluarga kerana ibu bapa lebih banyak masa bersama anak di rumah.

“Sekiranya ada simptom awal berkaitan penyakit ini, penjaga perlu terus menghantar anak mereka ke hospital berhampira­n untuk mendapatka­n pemeriksaa­n dan rawatan.

“Selain itu, jangan biarkan murid yang dijangkiti penyakit ini datang ke sekolah kerana bimbang ia berjangkit kepada murid lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutupan Hari Koperasi Sekolah Kali Keempat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau, di sini, semalam.

Sebelum ini, sebanyak 18 kes penyakit HFMD dikesan di Kampung Kiau, Kota Belud, kebanyakan­nya membabitka­n kanak-kanak prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kiau.

 ??  ?? Stephen Wong
Stephen Wong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia