Berita Harian

‘Iron Man’ rai hari lahir pesakit barah tulang

Love and Care, kakitangan hospital anjur majlis untuk kanak-kanak dari Kota Marudu

- Oleh Olivia Miwil

Seorang kanak-kanak lelaki yang bertarung nyawa menghidap penyakit barah tulang, bersemanga­t tinggi ketika diberi peluang melawat Taman Hidupan Liar Lok Kawi di sini dan meraikan hari lahirnya bersama ‘Iron Man’, semalam.

Addrick Yong Kin Hong, 11, dari Kampung Sumbilingo­n, Kota Marudu, berkata dia menerima rawatan barah tulang kaki kirinya sejak Januari lalu di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) Likas.

“Ini kali pertama saya datang ke taman hidupan liar, saya gembira melihat banyak haiwan tetapi malangnya tidak ada singa dan harimau dahan.

“Saya juga terkejut apabila melihat ‘Iron Man’ datang meraikan hari lahir saya, selain menerima banyak hadiah,” katanya ketika ditemui di J Borneo Native Village, di sini, semalam.

Yang turut hadir, kakitangan dari HWKKS yang diketuai doktor pakar kanak-kanak, Dr Ng Su Fang dan kakitangan J Borneo serta stesen radio tempatan Kupi-kupi FM.

Lawatan Addrick dan sambutan hari jadi di pusat berkenaan dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Love and Care dengan kerjasama kakitangan hospital.

Ibu Yong, Doris Harun, 37, berkata anaknya sudah menerima pelbagai rawatan, termasuk pembedahan memotong kakinya selepas disahkan menghidapi penyakit berkenaan Januari lalu.

“Selepas melalui rawatan kimoterapi dan pembedahan, Pesakit barah tulang Addrick memberitah­u saya dia mahu datang ke zoo, namun terpaksa ditangguhk­an sehingga hari ini (semalam) berikutan keadaan kesihatann­ya yang lebih baik sekarang.

“Hari lahirnya sepatutnya pada 7 Disember depan, namun pihak hospital menasihatk­an untuk kami menyambutn­ya lebih awal,” katanya sambil menambah Addrick kini dijadualka­n untuk menjalani enam lagi rawatan kimoterapi.

Sementara itu, sukarelawa­n Love and Care, Farid Hii, berkata lawatan itu bertujuan untuk memenuhi hasrat Yong dan untuk meningkatk­an semangatny­a dalam usaha melawan penyakit berkenaan.

 ?? [ FOTO OLIVIA MIWIL / BH ?? Addrick meraikan sambutan hari jadinya bersama keluarga serta penampilan istimewa ‘Iron Man’ di Taman Hidupan Liar Lok Kawi di Penampang.
[ FOTO OLIVIA MIWIL / BH Addrick meraikan sambutan hari jadinya bersama keluarga serta penampilan istimewa ‘Iron Man’ di Taman Hidupan Liar Lok Kawi di Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia