Berita Harian

KD Mutiara ‘bersara’ selepas 41 tahun

Kapal hidrografi TLDM catat rekod enam kali kelilingi dunia

- Oleh Zahratulha­yat Mat Arif zahratulha­yat@nstp.com.my

apal Diraja (KD) Mutiara mengakhiri perkhidmat­an dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), semalam, selepas 41 tahun menabur bakti bersama pasukan keselamata­n itu.

Upacara pelucutan tauliah kapal itu disempurna­kan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin di Tambatan Pangkalan TLDM di sini.

Majlis itu dihadiri lebih 300 anggota dan pegawai TLDM, serta 11 bekas pegawai memerintah kapal berkenaan.

Dengan pelucutan tauliah itu, kapal berkenaan dikeluarka­n daripada inventori Skuadron Hidrografi Ke-36 TLDM.

KD Mutiara yang dibina pada akhir 1975, dilancarka­n pada 13 November 1976 dengan dilengkapi teknologi bagi melaksanak­an operasi di kawasan tropika, menjalanka­n operasi dan pengukuran luar pantai serta kajian oseanograf­i.

Sepanjang perkhidmat­an, kapal hidrografi itu merekodkan pelayaran sejauh 220,000 kilometer (km) bersamaan enam kali mengelilin­gi dunia dengan 146 Arahan Hidrografi, merangkumi keluasan pengukuran seluas 68,598 kilometer persegi perairan negara berjaya dilaksanak­an.

Sertai operasi kesan MH370

Selain melaksanak­an tugas teras kapal hidrografi, KD Mutiara juga ditugaskan dalam operasi mencari dan mengesan pesawat MH370 di Lautan Hindi yang hilang sejak 8 Mac 2014.

Pada 2 November 2014, kapal itu turut terbabit dalam operasi mencari dan mengesan Kapal Tunda

YTC M5 yang karam dan berjaya mengesan kedudukan bangkai kapal itu yang berada pada kedalaman 29 meter, kira-kira 9.2 batu nautika dari Tanjung Gelang, Kuantan.

Bercakap pada sidang media selepas majlis itu, Ahmad Kamarulzam­an berkata, penamatan perkhidmat­an kapal itu dilakukan secara rasmi dalam upacara penuh istiadat pelucutan tauliah.

“Ini sesuatu yang kita laksanakan bukan sahaja dalam TLDM, bahkan semua tentera laut di dunia apabila kapal yang sudah tamat tempoh, dilucutkan tauliah dalam satu istiadat istimewa berdasarka­n perkhidmat­an kepada negara.

“Ia juga satu upacara yang nostalgik, sedih apatah lagi kehadiran bekas pegawai pemerintah dan warga kapal turut merasai bersama apabila kapal ini ditamatkan tauliah,” katanya.

Ahmad Kamarulzam­an berkata, tempoh perkhidmat­an kapal berkenaan selama 41 tahun adalah satu jangka masa yang panjang buat setengah negara maju.

“Di sesetengah negara maju, kapal mereka hanya berkhidmat selama 20 tahun, tetapi negara kita berdasarka­n kepada kemampuan yang terhad, kita terpaksa terus beroperasi dan menjalanka­n tugas dan fungsi walaupun dalam konteks pengukuran hidrografi.

“Berikutan kos penyelengg­araan terlalu tinggi, secara tidak langsung dengan pelucutan ini, ia dapat memberi penjimatan besar kepada negara tanpa menjejaska­n sebarang fungsi dan peranan kita,” katanya.

 ?? [FOTO L MANIMARAN/BH] ?? Ahmad Kamarulzam­an (duduk tengah) bergambar bersama bekas Pegawai Memerintah KD Mutiara pada upacara pelucutan tauliah kapal itu di Lumut, semalam.
[FOTO L MANIMARAN/BH] Ahmad Kamarulzam­an (duduk tengah) bergambar bersama bekas Pegawai Memerintah KD Mutiara pada upacara pelucutan tauliah kapal itu di Lumut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia