Berita Harian

Syabu RM7.8 juta dalam bungkusan teh

10 lelaki ditahan dalam serbuan di kawasan parkir pasar raya

- Oleh Hasbi Sidek

Anggota Polis Bantuan (PB) sebuah jabatan kerajaan antara 10 ahli sindiket pengedaran dadah yang ditahan, susulan rampasan 156 kilogram (kg) syabu bernilai RM7.8 juta dalam serbuan polis di sini.

Hasil serbuan pada jam 7.45 pagi Sabtu di sebuah pasar raya di sini, polis menemui dadah berkenaan disimpan dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan parkir.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata 10 lelaki tempatan berusia 25 hingga 46 tahun ditahan susulan penemuan dadah terbabit.

“Hasil kerjasama Suruhanjay­a Kawalan Dadah Kebangsaan China (NNCC), polis melancarka­n serbuan di sekitar Ampang.

“Kami menahan 10 lelaki tempatan disyaki ahli sindiket dan merampas 156 kilogram syabu dengan nilai dianggarka­n bernilai RM7.8 juta.

“Seorang daripada suspek didapati positif dadah jenis syabu. Semua yang ditangkap tidak mempunyai rekod jenayah.

Dibungkus dalam paket serbuk teh

“Dadah berkenaan dibungkus dalam paket serbuk teh bagi mengeliruk­an pihak berkuasa. Kalau kita lihat bungkusann­ya sangat kemas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di sini, semalam.

Mohmad berkata, turut dirampas sejumlah wang tunai, jam tangan, barang kemas dan dua kenderaan mewah.

“Kami mendapati seorang daripada anggota sindiket itu bertugas sebagai PB di sebuah jabatan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya dadah berkenaan diseludup dari negara jiran di utara untuk edaran di sini, selain dijual ke pasaran antarabang­sa dengan menjadikan Malaysia sebagai transit.

NSTP semalam, mendedahka­n, sindiket pengedaran dadah menjadikan kawasan parkir pusat beli-belah sebagai lokasi transit sementara, untuk menyimpan dadah bernilai jutaan ringgit sebelum diseludup ke luar negara.

Kegiatan sindiket didalangi warga tempatan itu dibongkar apabila polis merampas sejumlah dadah jenis syabu dianggarka­n bernilai lebih RM7 juta, hasil serbuan di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah terkemuka di Ampang Jaya.

Rampasan itu dianggarka­n seberat lebih 150kg yang diseludup masuk ke negara ini berasal dari Myanmar.

 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Mohmad (kanan) menunjukka­n dadah dirampas pada sidang media di IPD Ampang, semalam.
[FOTO BERNAMA] Mohmad (kanan) menunjukka­n dadah dirampas pada sidang media di IPD Ampang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia