Berita Harian

NAJIB NAFI TANDATANGA­N CEK 1MDB BANTU UMNO, ZAHID NAFI TERBABIT BESTINET, ROSMAH NAFI PESAN BARANG KEMAS

Bekas Perdana Menteri sedia maklum sumber wang ketika tandatanga­n cek

- Oleh Rizanizam Abdul Hamid

Datuk Seri Najib Razak mengakui menandatan­gani cek menyalurka­n dana kepada UMNO, tetapi mendakwa wang terbabit bukan daripada syarikat, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

“Ia bukan dana 1MDB. Saya sangat-sangat jelas apabila kami mengeluark­an cek, ia bukan daripada dana 1MDB.

“Saya tidak akan mengeluark­an cek jika ianya daripada 1MDB,” katanya kepada media di lobi Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau mengulas dakwaan disiarkan portal berita sebelum ini, yang melaporkan komponen Barisan Nasional (BN) menerima RM300 juta daripada dana 1MDB melalui akaun Najib selaku pengerusin­ya.

Dana berkenaan, termasuk RM145 juta didakwa diberikan kepada UMNO yang digunakan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2013.

Nilai RM145 juta itu dikatakan sebahagian daripada RM800 juta yang disalurkan ke dalam akaun Ambank milik bekas Perdana Menteri itu, yang diambil daripada jualan bon 1MDB pada 2012 dan 2013.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, kes itu kini tertakluk kepada siasatan dan sumber dana mesti dibuktikan dengan jelas.

Tunggu hasil siasatan

“Ia kini tertakluk pada siasatan. Saya tidak mahu mendahului daripada apa sahaja penemuan mereka,” katanya.

Terdahulu, Najib dikejutkan dengan majlis ringkas sambutan ulang tahun kelahirann­ya ke-65 di Bangunan Parlimen.

Acara itu turut dihadiri isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden UMNO yang juga Ketua Pembangkan­g, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa Ahli Parlimen BN.

Majlis ringkas itu diatur sebuah syarikat produksi Metamorpho­sis Global Studio Sdn Bhd (Metamorpho­sis) yang turut menghadiah­kan sebuah klip video pendek berdurasi tiga minit 23 saat, bertajuk TQ Sir, mengenai sumbangan Najib kepada negara.

 ??  ??
 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] ?? Najib bersalaman dengan Ahmad Zahid sambil disaksikan Rosmah pada majlis ringkas sambutan ulang tahun kelahirann­ya ke-65 di Bangunan Parlimen, semalam.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] Najib bersalaman dengan Ahmad Zahid sambil disaksikan Rosmah pada majlis ringkas sambutan ulang tahun kelahirann­ya ke-65 di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia