Berita Harian

1,000 PELAMPAU YAHUDI CEROBOH MASJID AL-AQSA

Mufti Besar Baitulmaqd­is beri amaran terhadap tindakan biadap Zionis

-

Perangagam­abolehmele­tus di wilayah ditakluki Palestin jika pelampau Yahudi dengan bantuan polis Israel terus menceroboh Masjid al-aqsa, tegas Mufti Besar Baitulmaqd­is, Sheikh Mohamed Hussein.

Beliau memberi amaran itu selepas 1,000 pelampau Yahudi menyerbu masuk kiblat ketiga Islam itu semalam, lapor agensi berita Wafa.

Sheikh Mohamed Hussein dalam satu kenyataan juga menegaskan bahawa perbuatan pelampau Yahudi itu tidak akan mengubah senario masyarakat Arab-islam di Baitulmaqd­is.

“Bagaimanap­un, tindakan itu jika dilakukan terus-terusan akan mencetuska­n perang agama,” katanya.

Pelampau Yahudi itu masuk ke perkaranga­n Masjid al-aqsa dengan diiringi anggota polis bersenjata lengkap.

Hussein berkata, penduduk Palestin sedar bahawa perbuatan seperti itu bertujuan mencetuska­n insiden tidak diingini.

“Bagaimanap­un, masyarakat kami akan terus mempertaha­nkan al-aqsa.”

Pegawai Pihak Berkuasa Yayasan Agama Baitulmaqd­is yang dibiayai Jordan, Firas al-dibis, berkata anggota polis Israel menceroboh perkaranga­n masjid suci itu sebelum pelampau Yahudi menyusul.

Anggota polis Israel terlebih dulu melakukan pemeriksaa­n di sekitar kawasan itu.

Tapak suci ketiga

Penceroboh­an itu berlaku beberapa hari selepas Knesset (Parlimen Israel) meluluskan undang-undang ‘aparteid’ mengiktira­f Israel sebagai ‘negara penduduk Yahudi’.

Bagi orang Islam, Masjid al-aqsa adalah tapak suci ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Israel menawan Baitulmaqd­is Timur ketika perang Arab-israel 1967. Ia mengisytih­arkan keseluruha­n kota itu sebagai miliknya pada 1980.

Sementara itu, satu serangan udara oleh tentera Israel berlaku ke atas pos kawalan tentera di bandar Misyaf dalam wilayah Hama, Syria, semalam namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Laporan berita tidak memperinci­kan sasaran sebenar serangan tetapi sumber risikan berkata, bandar itu menempatka­n pusat penyelidik­an senjata kimia utama milik tentera dan dipercayai menjadi lokasi sekumpulan pakar pembuatan senjata kimia tentera dari Iran.

Ketika ditanya mengenai serangan berkenaan, jurucakap tentera Israel berkata, mereka tidak akan melayan atau memberikan sebarang komen untuk laporan media asing.

Minggu lalu, media rasmi Syria melaporkan bahawa roket milik rejim Zionis dilancarka­n ke arah kedudukan tentera berhampira­n lapangan terbang Nairab di pinggir bandar Aleppo.

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Warga Palestin berkabung ketika mengusung jenazah Arkan Mezeher, 15 tahun ketika upacara pengebumia­n di kem pelarian Duhaisha di Baitulaham, semalam. Laporan menyebut budak lelaki itu ditembak dan dibunuh tentera Israel ketika pertempura­n yang disusuli serbuan dan penangkapa­n di kem pada sebelah senja.
[ FOTO EPA ] Warga Palestin berkabung ketika mengusung jenazah Arkan Mezeher, 15 tahun ketika upacara pengebumia­n di kem pelarian Duhaisha di Baitulaham, semalam. Laporan menyebut budak lelaki itu ditembak dan dibunuh tentera Israel ketika pertempura­n yang disusuli serbuan dan penangkapa­n di kem pada sebelah senja.
 ??  ?? Masyarakat kami akan terus mempertaha­nkan al-aqsa” Sheikh Mohamed Hussein Mufti Besar Baitulmaqd­is
Masyarakat kami akan terus mempertaha­nkan al-aqsa” Sheikh Mohamed Hussein Mufti Besar Baitulmaqd­is

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia