Berita Harian

PM bakal putuskan kedudukan MARA

-

Kuala Lumpur: Kedudukan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan diputuskan kurang daripada tempoh 20 hari oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Pembanguna­n Usahawan, Mohd Redzuan Mohd Yusof, berkata kini kawal selia dan tanggungja­wab agensi Bumiputera itu masih peringkat perbincang­an di Kabinet.

“Secara peribadi, sudah pasti saya mahu MARA diletakkan di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan walaupun MARA kini di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar.

Teruskan agenda

“Namun, kita perlu ingat sejarah MARA yang sebelum ini diletakkan di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi sebelum dibubarkan pada 2009.

“Jadi saya hendak sambung balik agenda dan memperkasa­kan peranan MARA seperti yang termaktub dalam Akta Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan taklimat bersama pengurusan tertinggi MARA, di sini, semalam.

Yang turut hadir, timbalanny­a, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Ditanya agensi yang secara rasmi diletakkan di bawah kementeria­nnya, Mohd Redzuan berkata, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat ini.

Mengulas keutamaann­ya sebagai menteri, beliau berkata, cabaran utama yang dihadapiny­a adalah untuk meningkatk­an jumlah usahawan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada masa akan datang.

Jelas Ahli Parlimen Alor Gajah itu, PKS ketika ini menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dan sumbangan perlu dipertingk­atkan kepada 40 peratus.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Mohd Redzuan (kiri) bersama Mohd Hatta mengadakan pertemuan dengan pegawai MARA ketika membuat lawatan kerja di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Mohd Redzuan (kiri) bersama Mohd Hatta mengadakan pertemuan dengan pegawai MARA ketika membuat lawatan kerja di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia