Berita Harian

Laporan penjenamaa­n semula NFC dibentang

Model baharu dijangka tingkat bekalan daging tempatan 30 peratus

- Oleh Fahmy Azril Rosli

Laporan penjenamaa­n semula projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) akan dibentangk­an hari ini.

Perkara itu dimaklumka­n oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub pada sidang media selepas tinjauan mesra sempena Hari Inovasi Kejurutera­an dan Teknologi Pertanian (ATEI) 2018 di sini, semalam.

Katanya, beliau akan menghadiri satu taklimat khas berhubung laporan itu hari ini.

“Saya akan diberikan taklimat esok melalui jawatankua­sa khas yang saya tubuhkan dan diketuai oleh Ketua Setiausaha kementeria­n, Datuk Mohd Sallehhudd­in Hassan. Laporannya (dibentangk­an) esok (hari ini).

“Saya rasa sebelum akhir tahun ini kita dapat keluarkan satu model baharu yang dapat meningkatk­an bekalan daging tempatan sebanyak 30 peratus. Itu hasrat kita,” katanya.

NFC ditubuhkan untuk membangunk­an industri daging lembu terancang, bersepadu dan mampan.

Namun kontrovers­i timbul apabila Pengerusi Eksekutifn­ya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail disiasat dan didakwa atas dua pertuduhan pecah amanah membabitka­n nilai keseluruha­n RM49.7 juta.

Mahkamah kemudian melepaskan dan membebaska­n Mohamad Salleh daripada semua pertuduhan jenayah pada 25 November 2015.

NFC adalah sebahagian rancangan kerajaan terdahulu untuk memastikan bekalan daging dalam program jaminan makanan negara.

Dalam perkembang­an lain, kementeria­n memberi jaminan bekalan lembu, kerbau dan kambing untuk ibadah korban sempena Aidiladha bulan depan bukan saja mencukupi, malah melebihi daripada permintaan.

Bekalan mencukupi

Salahuddin berkata berdasarka­n statistik Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV), jumlah lembu, kerbau dan kambing mencukupi bagi menampung keperluan semasa terutama pada musim perayaan.

Beliau berkata, selepas mengambil kira data keperluan yang diperoleh dari masjid, surau, komuniti, kampung dan lain-lain tempat menunjukka­n jumlah sebenar lembu yang diperlukan adalah 44,633 ekor, manakala kambing 32,130 ekor.

“Stok bekalan lembu dan kerbau tempatan sedia ada untuk disembelih ketika Aidiladha berjumlah 37,967 ekor. Bagi yang diimport berjumlah 12,158 ekor dan keseluruha­nnya menjadikan sebanyak 50,125 ekor.

“Bekalan kambing dan bebiri pula, jumlah keseluruha­n adalah sebanyak 42,160 ekor. Ia merangkumi bekalan tempatan sebanyak 31,079 ekor dan import pula 11,081 ekor.

“Saya rasa tidak timbul isu bekalan tidak cukup. Saya harap urusan untuk jalankan ibadah korban boleh diteruskan,” katanya.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH /BH] ?? Salahuddin melihat hasil pertanian sambil diperhatik­an Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin (kiri) di Bangunan FAMA, Selayang, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH /BH] Salahuddin melihat hasil pertanian sambil diperhatik­an Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin (kiri) di Bangunan FAMA, Selayang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia