Berita Harian

Malaysia kutuk undang-undang penindasan, rasis Yahudi

-

Putrajaya: Malaysia mengutuk penggunaan undang-undang `negara bangsa Yahudi’ yang diluluskan Parlimen Israel pada 19 Julai lalu.

Kementeria­n Luar dalam satu kenyataan berkata, Malaysia menggesa masyarakat antarabang­sa mengambil tindakan segera untuk memanggil Israel bagi memansuhka­n dasar bersifat perkauman dan penindasan itu.

“Langkah Israel hanya akan merumitkan dan melemahkan usaha mencapai perdamaian yang adil dan penyelesai­an komprehens­if kepada konflik Palestin,” katanya semalam.

Sokong hak sah rakyat Palestin

Menurut kenyataan itu, Malaysia kekal teguh dalam menyokong hak sah rakyat Palestin untuk negara Palestin yang bebas dengan merealisas­ikan penyelesai­an dua negara berdasarka­n sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqd­is Timur sebagai ibu negara Palestin.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan 62 undi menyokong manakala 55 lagi menentang langkah yang menjadikan Hebrew sebagai bahasa kebangsaan dan mentakrifk­an kewujudan komuniti Yahudi sebagai kepentinga­n negara.

Bahasa Arab yang sebelum ini dianggap sebagai bahasa rasmi kebangsaan hanya diberikan ‘status khas’.

Undang-undang itu menyebut Israel sebagai ‘tanah air bersejarah Yahudi’ dan menyatakan orang Yahudi mempunyai hak untuk menentukan nasib sendiri di wilayah berkenaan.

Di bawah undang-undang itu, Israel memandang pembanguna­n penyelesai­an Yahudi sebagai nilai kebangsaan dan akan bertindak untuk menggalakk­an dan mempromosi­kan penubuhan dan penyatuann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia