Berita Harian

Kerjasama pembangkan­g terima pelbagai reaksi

-

Shah Alam: Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis memberikan tafsiran masingmasi­ng terhadap langkah PAS memberi laluan kepada BN pada Pilihan raya Kecil DUN itu.

Ada yang menyambut baik kerjasama itu selepas melihat apa yang berlaku selepas Pakatan Harapan (PH) mentadbir, manakala yang lain mengambil sikap skeptikal terhadapny­a.

Pesara swasta, Sahruddin Juhar, 56, berkata, beliau tidak dapat melihat hala tuju kerjasama antara kedua-dua parti itu dalam PRK di Sungai Kandis ini.

“Kita lihat sekejap sini dan sekejap sana (tiada pendirian). Jadi saya tak nampak hala tuju kerjasama ini akan berpihak kepada BN.

Mahu calon tempatan

“Tambahan pula, BN tidak meletakkan calon tempatan dalam PRK kali ini. Kalau dekat kampung, kita nak calon tempatan. Saya yang sudah duduk lama di sini, saya kenal calon PKR sebelum beliau jadi calon lagi.

“Jadi saya tak nampak kelebihan kerjasama. Tambahan pula calon PKR adalah pengetua Maahad Tahfiz lagi ramai orang suka, termasuk orang PAS dekat sini,” katanya.

Peniaga, Joshua Ng, 52, berkata beliau tidak kisah jika PAS dan BN mahu bekerjasam­a.

“Setahu saya, kedua-dua parti itu memang ada ura-ura kerjasama. PAS juga tidak pernah bekerjasam­a dengan DAP sebelum ini.

“Jadi saya tidak kisah. Yang penting (wakil rakyat) buat kerja,” katanya.

Ibrahim Redwan, 57, yang bekerja sendiri berkata, beliau bersyukur jika BN dan PAS bergabung kerana berpendapa­t ia akan menguatkan lagi kedudukan masyarakat Melayu dan Islam.

“Memandangk­an apa yang sedang berlaku ketika ini, saya benarbenar mengharapk­an gabungan daripada PAS dan juga BN. Saya rasa tertipu dengan janji Pakatan Harapan, termasuk manifesto mereka yang dianggap gagal.

“Isu memperkeci­lkan agama serta masyarakat Melayu yang sedang berlaku ini mengguris hati banyak pihak,” katanya.

Salwa Sulaiman, 52, pula berkata beliau menyambut baik jika benar gabungan BN dan PAS itu benarbenar terjadi.

“Terlalu banyak lompong selepas Pakatan Harapan memerintah. Jadi perlu banyak suara pembangkan­g supaya kerajaan memerintah tidak terlalu selesa dengan apa yang berlaku sekarang,” katanya.

Mariah Abdul Majid, 51, berkata, beliau sambut baik jika BN dan PAS bekerjasam­a lebih kukuh.

“Jadi pemimpin pasti tahu apa yang terbaik dengan melihat keadaan semasa sekarang ini.

“Saya sebagai penduduk dan pengundi di sini sambut baik perkara ini, sekurang-kurangnya nasib melayu di Malaysia ini sentiasa terbela,” katanya.

Kita lihat sekejap sini dan sekejap sana (tiada pendirian). Jadi saya tak nampak hala tuju kerjasama ini akan berpihak kepada BN. Tambahan pula, BN tidak meletakkan calon tempatan dalam PRK kali ini” Sahruddin Juhar Memandangk­an apa yang sedang berlaku ketika ini, saya benarbenar mengharapk­an gabungan daripada PAS dan juga BN. Saya rasa tertipu dengan janji Pakatan Harapan” Ibrahim Redwan Saya sebagai penduduk dan pengundi di sini sambut baik perkara ini, sekurangku­rangnya nasib Melayu di Malaysia ini sentiasa terbela” Mariah Abdul Majid

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia