Berita Harian

‘Yakin lebih 7,000 pengundi PAS akan pilih saya’

-

Shah Alam: Calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yakin penyokong PAS akan mengundiny­a walaupun kepemimpin­an parti itu mengharapk­an Pakatan Harapan (PH) tewas.

Mohd Zawawi berkata, beliau tidak sesekali ‘goyang’ dengan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam kempen PRK itu.

Katanya, kerjasama seperti itu adalah hak kedua-dua parti ketika berkempen, termasuk jika keduaduany­a mahu isytihar bergabung.

“Terserah kepada mereka (BN dan PAS) jika mahu mengisytih­arkan akan bergabung. Itu hak mereka.

“Namun, saya yakin lebih 7,000 pengundi PAS akan mengundi saya kerana mereka memerlukan pemimpin berfikiran Islam dan mempunyai sahsiah diri yang baik.

“Saya tidak berasa tercabar atau ‘goyang’ dengan kerjasama itu,” katanya pada sidang media harian di Bilik Gerakan Utama PKR di Jalan Bukit Kemuning di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mohd Zawawi yang mesra digelar Ustaz Zawawi turut menyangkal dakwaan kononnya PH tidak menitikber­atkan soal kebajikan Islam di negara ini.

“Saya sebagai Setiausaha Biro Pembanguna­n dan Pemantapan Agama PKR sentiasa mengadakan perbincang­an untuk menampilka­n Islam supaya dapat diterima dengan baik oleh semua masyarakat.

“PAS mungkin menggunaka­n pendekatan (ke arah Islam) berbeza berbanding PKR yang lebih kepada konsep wasatiyyah.

“Sebagai contoh bagi isu RUU 355 (Rang Undang-undang 355), kita memfokuska­n isu kesejahter­aan rakyat terlebih dahulu, terutama usaha mengelakka­n jenayah dan meningkatk­an pendapatan isi rumah sebelum membabitka­n soal Mahkamah Syariah atau perkara berkaitan lain. Kita setuju tetapi bukan secara segera,” katanya.

Sokongan positif

Ketika ditanya mengenai sambutan dalam kempen awal PRK, beliau mendapati sokongan dan penerimaan pengundi setempat kepadanya amat positif.

“Alhamdulil­lah, saya sentiasa diterima baik masyarakat berbilang kaum di setiap lokasi diziarahi.

“Ia petanda positif biarpun kempen baru memasuki hari ketiga dan kita yakin mampu memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar kali ini,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, satu pelan komprehens­if dan terperinci perlu diwujudkan bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, terutama tapak pembuangan sampah haram di sekitar kawasan DUN Sungai Kandis.

Ia antara lain memfokuska­n pelaksanaa­n undang-undang berkaitan yang perlu lebih diperketat­kan oleh pihak bertanggun­gjawab.

Mohd Zawawi berkata, ia berikutan aduan penduduk membabitka­n kewujudan tapak pembuangan sampah haram di sekitar Jalan Kebun dan Kampung Telok Menegun, Sungai Kandis.

“Keadaan itu bukan hanya menyebabka­n pencemaran bau dan alam sekitar, malah dikhuatiri turut mendatangk­an risiko kesihatan kepada rakyat setempat.

“Setakat ini, saya belum mengetahui pihak yang membuang sampah di kawasan berkenaan dan akan melakukan tinjauan bersama penduduk,” katanya.

Mohd Zawawi berkata beliau akan membawa perkara itu kepada pihak berkaitan dan mencadangk­an langkah terbaik mengatasin­ya.

NSTP sebelum ini melaporkan penduduk Sungai Kandis yang berdepan masalah pencemaran bau, jalan berhabuk serta gangguan bunyi bising sejak beberapa tahun lalu berikutan wujud tapak pelupusan sampah haram yang kini semakin teruk.

Kehadiran lalat serta bau yang sangat busuk terutama pada waktu malam dan juga ketika hujan menjadi lumrah kepada penduduk di situ setiap hari.

Mohd Zawawi berkata, visinya sebagai calon pada pilihan raya kecil itu adalah mahu menjadikan DUN itu bebas daripada pencemaran alam sekitar, termasuk di kawasan luar bandar.

“Saya mahu DUN ini termasuk kampung sebagai kawasan indah dan bersih sekali gus yang terbaik di Selangor,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia