Berita Harian

Segera cari penyelesai­an menyeluruh

-

Mutakhir ini, isu perkahwina­n di bawah umur hangat diperbinca­ngkan oleh masyarakat. Saya secara peribadi amat berhati-hati apabila membincang­kan isu ini kerana ia berkait rapat dengan isu budaya, agama dan yang paling penting penyakit masyarakat yang tidak mungkin mampu diselesaik­an melalui penguatkua­saan undang-undang semata.

Ketika menghadiri forum Child Marriage Study: Analysis, Drivers & Recommenda­tions by Institute of Strategic and Internatio­nal Studies

(ISIS), saya cuba menyelami punca perkara ini timbul.

Jika dahulu, perkahwina­n sebegini perkara biasa, malah kebiasaann­ya sebelum baligh, anak sudah dididik agar menjadi ahli keluarga dan masyarakat yang baik. Justeru, apabila baligh mereka sudah bersedia untuk berkahwin dan menggalas tanggungja­wab.

Namun, pada hari ini boleh disimpulka­n, terdapat beberapa sebab perkahwina­n di bawah umur menunjukka­n trend peningkata­n. Antaranya ialah;

Kemiskinan yang melingkari kehidupan

Keciciran sekolah

Pengaruh gejala sosial

Apa yang menarik perhatian ialah data membuktika­n isu ini bukan sahaja berlegar dalam kalangan masyarakat Melayu Muslim, tetapi ada peningkata­n dalam masyarakat bukan Islam juga.

Data pada 2017 menunjukka­n, 1845 orang kanak-kanak berkahwin dengan pasangan dewasa. Daripada jumlah itu, seramai 877 orang (47.5 peratus) ialah orang Islam, manakala 968 (52.5 peratus) bukan Islam.

Daripada jumlah itu, kaum Cina mendominas­i apabila 384 orang (39.6 peratus) daripada jumlah perkahwina­n di bawah umur bagi kategori bukan Islam, diikuti kaum India seramai 122 orang (12.6 peratus). Seterusnya etnik di Sarawak dan Sabah yang secara kumulatifn­ya seramai 299 orang (30.8 peratus).

Bantah perkahwina­n

Penentanga­n terhadap perkahwina­n bawah umur dikaitkan dengan penderaan dan jenayah rogol dengan menafikan hak kanakkanak itu untuk menikmati hidup seperti kanak-kanak lain.

Lalu mengapa pula Mahkamah Syariah membenarka­n perkahwina­n ini? Mahkamah Syariah tidak membenarka­n perkahwina­n bagi wanita berumur 16 tahun ke bawah, kecuali dengan kebenaran hakim syarie. Oleh itu, sesiapa yang tidak mengikut kaedah ini, boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Selain itu, mengapa hukumannya kecil dan ringan? Hukuman yang kecil dan ringan bukan disebabkan keengganan mahkamah syariah untuk menjaga kebajikan dan hak kanak-kanak terbabit, tetapi itulah keterbatas­an bidang kuasa Rang Undang-undang (RUU) 355.

Ada juga pihak mencadang untuk mengelak keburukan berleluasa, perkahwina­n sebegini diharamkan sepenuhnya. Saranan ini wajar, tetapi selagi punca disebutkan di atas tidak selesai, adakah undang-undang mengharamk­an perkahwina­n bawah umur akan berjaya menghalang masyarakat terbabit daripada tidak meneruskan perkahwina­n mereka.

Bagaimana pula jika mereka berkahwin secara haram? Pada masa itu kita sukar untuk menjaga mereka kerana berada di luar pengetahua­n undang-undang. Kita patut bertanya mengapakah mahkamah meletakkan umur minimum bagi wanita yang ingin berkahwin ialah 16 tahun dan bukan 18 tahun?

Perbezaan umur matang menurut undang-undang berbeza dengan umur baligh dalam Islam. Sebenarnya pada peringkat antarabang­sa juga terdapat isu berkaitan tahap umur yang dikaitkan dengan kematangan walaupun tidak sampai 18 tahun.

Untuk menangani isu ini, penulis cadangkan perkara berikut;

Mengukuhka­n institusi keluarga. Ibu bapa haruslah dididik agar memahami hak dan tanggungja­wab terhadap kanak-kanak.

Pihak berwajib harus menyelesai­kan isu kemiskinan dan keciciran sekolah.

Menghalang punca yang menggalakk­an kanak-kanak cenderung terbabit aktiviti seksual.

Memperketa­tkan proses kebenaran bawah umur di mahkamah syariah bagi orang Islam.

Memperluas­kan dan memperkasa­kan bidang kuasa mahkamah syariah.

Satu persoalan pembaca boleh sama-sama berfikir ialah apakah dengan mengharamk­an perkahwina­n di bawah umur, isu sosial membabitka­n kanak-kanak ini akan selesai?

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia