Berita Harian

Rang undang-undang tanah adat belum disepakati

-

Tanggal 12 Julai 2018, isu tanah hak adat Bumiputera (NCR) khususnya berkaitan ‘pemakai menua’ dan ‘pulau galau’ yang sekian lama membelengg­u masyarakat peribumi seakan-akan menemui noktahnya, apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan

Rang Undang-undang Kanun Tanah (Pindaan) 2018.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan undi suara majoriti ahli Dewan, selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sebelum itu, 35 ahli Dewan menyertai perbahasan berhubung rang undang-undang itu yang dibentangk­an bagi memberi hak pemilikan pribumi terhadap tanah NCR atau lebih tepatnya berkaitan kawasan pemakai menua dan pulau galau.

Pemakai menua ialah istilah dalam bahasa Iban yang bermaksud satu kawasan hutan luas yang menjadi tempat semua masyarakat peribumi itu mencari makan seperti bertani, memburu, menangkap ikan serta mendapatka­n kayu untuk membina rumah.

Pulau galau pula bermaksud kawasan hutan rizab dalam pemakai menua khusus untuk kumpulan etnik peribumi terbabit.

Jelas rang undang-undang itu bertujuan mengukuhka­n kembali prinsip inklusif berhubung pemilikan kumpulan etnik peribumi terhadap tanah NCR.

Di sebalik kelegaan sesetengah pihak dengan keputusan DUN Sarawak itu, ada juga yang mempertika­i kerana istilah pemakai menua dan pulau galau merujuk pemilikan tanah etnik Iban.

Sarawak mempunyai lebih 30 etnik dan subetnik peribumi yang berbeza dengan adat resam serta budaya masing-masing.

Justeru, ketika membentang­kan rang undang-undang itu, Uggah, mengumumka­n istilah untuk tanah NCR kini diselarask­an sebagai ‘wilayah liputan peribumi’.

Namun, keputusan DUN Sarawak meluluskan rang undang-undang itu gagal memuaskan hati beberapa pihak, khususnya pakar perundanga­n berhubung hak pemilikan tanah peribumi itu.

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Baru Bian, antara yang kecewa dan menyifatka­n rang undang-undang itu gagal mengiktira­f konsep mengikut ciri-ciri asas pemakai menua dan pulau galau bagi memastikan kepentinga­n di tanah itu bukan hanya hak usufruktua­ri, iaitu hak kepada tanah berkenaan.

Tak adil hadkan tanah NCR

Beliau menegaskan, tanah NCR atau pemakai menua dan pulau galau tidak boleh dihadkan mengikut kawasan yang didefinisi­kan pihak berkuasa, sebaliknya keluasan kawasan sepatutnya sama seperti yang didiami nenek moyang mereka sehingga hari ini.

“Mengehadka­nnya (tanah NCR) dilihat sesuatu yang tidak adil dan secara moralnya salah,” tegas Baru sambil menjelaska­n, penentuan kepada adat penduduk pribumi Sarawak tidak boleh diserahkan kepada bukan pribumi atau orang tiada pengetahua­n mengenainy­a.

Susulan itu, muncul pula seorang pagi pemimpin PKR negeri, Vernon Kedit yang menuduh Uggah mengkhiana­ti masyarakat Iban dengan memperkena­lkan undang-undang menghakis hak terhadap pemilikan NCR.

Menurut Vernon, kenyataan Uggah bahawa hak usufruktua­ri bermaksud ‘boleh menggunaka­n dan boleh memiliki’ adalah mengeliruk­an kerana tiada buku undangunda­ng atau mahkamah mendefinis­ikan istilah usufruktua­ri sebagai hak milik.

“Adakah Uggah fikir sangat mudah baginya untuk memutar dan mengubah fakta undang-undang untuk menipu masyarakat Iban di rumah panjang di luar bandar yang miskin,” soalnya sambil berikrar untuk terus memperjuan­gkan isu berkenaan.

Berikutan penentanga­n dari pihak terbabit, isu pemakai menua dan pulau galau dijangka terus menjadi tajuk perbincang­an, khususnya dalam kalangan masyarakat peribumi dan pakar undangunda­ng di Sarawak.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menguasai kerajaan negeri dan pemimpin Dayak dalam PH yang berkuasa di Pusat harus mempunyai iltizam bersama memperjuan­gkan isu berkenaan, bukan saling mencari kesilapan.

Tanah NCR diwarisi turun-temurun dengan kebanyakan penduduk luar bandar menjalanka­n kegiatan mencari makan di tanah berkenaan.

Perlu capai kata sepakat

Walaupun rang undang-undang diluluskan di DUN Sarawak, jika dua pihak berkuasa itu gagal mencapai kesepakata­n, isu tanah NCR atau lebih tepat, pemakai menua dan pulau galau pasti sukar untuk ditangani dengan berkesan.

Isu itu sudah meragut nyawa Bill Kayong, individu yang lantang memperjuan­gkan isu pemakai menua dan pulau galau yang ditembak mati pada Jun 2016.

Janganlah lebih ramai lagi jadi mangsa hanya kerana memperjuan­gkan tanah hak milik peribumi daripada terus diceroboh mereka yang rakus mencari kekayaan hasil tanaman sawit.

Perhalusil­ah rang undang-undang Kanun Tanah itu demi kelangsung­an hak peribumi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia