Berita Harian

Bincang dahulu sebelum mansuhkan SOSMA: MCPF

-

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu mendapat pandangan dan maklum balas daripada polis dan pihak berkepenti­ngan lain bagi memastikan tindakan memansuhka­n Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), tidak meningkatk­an kadar jenayah dan aktiviti pengganas.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata terdapat peningkata­n yang signifikan dalam kadar jenayah negara selepas Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) dimansuhka­n pada 2012 dan diikuti dengan pembebasan bekas tahanan ISA.

“Antara pihak berkepenti­ngan yang harus dirundingi pihak kerajaan, termasuk agensi penguatkua­saan undang-undang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam kegiatan memerangi jenayah serta mempertaha­nkan hak asasi manusia.

Lindungi hak mangsa jenayah

“Walaupun kita sentiasa menyokong hak asasi manusia dan memastikan hak mereka yang mungkin ditangkap turut dilindungi, adalah penting untuk kita melindungi hak mangsa jenayah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, diharapkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan mengadakan rundingan secara mendalam dengan polis dan pihak berkepenti­ngan lain sebelum meneruskan rancangan untuk memansuhka­n SOSMA.

Semalam Dr Mahathir dilaporkan berkata kerajaan akan memansuhka­n SOSMA bagi memberi keadilan kepada rakyat dan rakyat akan dilindungi dengan undangunda­ng yang adil, supaya setiap kesalahan yang dilakukan ditentukan pihak mahkamah.

Sementara itu, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menyambut baik pengumuman kerajaan yang ingin memansuhka­n SOSMA.

Pengarah Eksekutif SUARAM, Sevan Doraisamy, berkata sejak ditubuhkan pada Julai 2012, akta itu diguna secara meluas oleh pihak berkuasa bagi menahan lebih 1,600 individu.

Katanya, biarpun kerajaan terdahulu memberi jaminan keadilan bagi individu yang ditahan mengikut Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) 1960, namun wujud penafian hak terhadap perbicaraa­n yang adil kepada mereka yang ditahan mengikut akta itu.

“SUARAM sendiri sudah merekodkan banyak kes penganiaya­an terhadap keluarga individu yang ditahan mengikut akta itu.

“Ia sesuatu yang tidak boleh dimaafkan apabila mereka ini tidak dapat hak mendapat perbicaraa­n yang adil, terutama bagi negara yang mengamalka­n kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sevan berkata, Kanun Prosedur Jenayah dan prosiding reman dibuat sepatutnya mengikut penyeliaan kehakiman dan bukannya mengikut kuasa pihak berkuasa sebagaiman­a dipraktikk­an dalam akta itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia