Berita Harian

Azmin belum putus tanding jawatan kerana terlalu sibuk

-

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, belum membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan tertinggi pada pemilihan parti itu.

Beliau yang ditemui di lobi Parlimen, semalam, memberi alasan kesibukann­ya menjalanka­n tugas sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, menyebabka­n beliau belum membuat sebarang keputusan mengenainy­a.

“Seperti yang saya sudah maklum minggu lalu, saya mahu memberi tumpuan kepada persidanga­n Parlimen, banyak isu yang dikemukaka­n kedua-dua pihak pembangkan­g dan penyokong kerajaan,

“Isu yang dibangkitk­an wakil rakyat menjadi keutamaan, saya belum putuskan kerana terlalu sibuk dengan tugas baharu ini,” katanya ketika ditanya sama ada beliau mahu bertanding jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti itu.

Minggu lalu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menawar diri bertanding jawatan presiden.

Keputusan itu dimuktamad­kan selepas berbincang dengan isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan barisan pimpinan yang lain.

Minggu lalu, Setiausaha Politik Mohamed Azmin, Muhammad Hilman Idham dilaporkan berkata, Mohamed Azmin tidak akan menentang Anwar bagi merebut jawatan Presiden PKR yang berlangsun­g bulan depan.

“Ya (Azmin tidak akan bertanding) sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan Presiden PKR,” katanya.

Dakwaan wujud dua kumpulan

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, dilaporkan mengakui wujud dua kumpulan yang menyokong pencalonan ke jawatan presiden menjelang pemilihan parti itu.

Katanya, satu pihak mahu Dr Wan Azizah kekal sebagai presiden, manakala satu lagi mahukan Timbalan Perdana Menteri itu berundur dan memberi laluan kepada Anwar, sebagai persediaan menggantik­an Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jawatan Presiden PKR tidak pernah bertukar tangan daripada Dr Wan Azizah yang mengisi jawatan itu sejak tertubuhny­a parti itu pada 1999 (ketika itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional) sehingga hari ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia