Berita Harian

Johari yakin menang Naib Presiden PKR

Ahli Parlimen Sungai Petani pertaruh pengalaman dalam parti

- Oleh Suzalina Halid

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, meletakkan keyakinan tinggi mampu memenangi jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti itu akhir bulan depan.

Johari yang juga Penasihat PKR Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kedah, berkata keyakinan itu berdasarka­n sokongan diterimany­a sebaik mengesahka­n akan bertanding jawatan berkenaan.

“Pada pemilihan sebelum ini, saya adalah Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan Pusat, atas sebab itu saya tidak bertanding dan kini saya boleh bertanding.

Keputusan bertanding

“Saya yakin akan menang pada pemilihan PKR nanti berdasarka­n pengalaman saya, sebab itu saya membuat keputusan untuk bertanding,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengumumka­n PKR akan mengadakan pemilihan parti, walaupun mandat penyandang setiap jawatan masih sah sehingga 22 Februari 2019.

Proses pencalonan dijangka berlangsun­g antara 27 hingga 29 Julai ini, sebelum proses pengundian diadakan akhir Ogos.

Antara penggerak PKR

Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun sebelum ini dilihat seolaholah terpinggir dalam diberikan sebarang jawatan pada peringkat negeri dan Pusat, walaupun beliau dilihat antara penggerak utama sejak penubuhan PKR.

Sebelum ini, Johari ditawarkan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat, namun terpaksa menolaknya berikutan Perlembaga­an Persekutua­n Artikel 57(4) menyatakan sekiranya Yang Dipertua dilantik dalam kalangan ADUN, maka wakil rakyat itu mesti melepaskan jawatannya pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia