Berita Harian

Keputusan Anwar disambut baik

-

Kuala Lumpur: Naib Presiden PKR, Tian Chua, mengalu-alukan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan Presiden dan menyifatka­n sudah tiba masanya beliau memimpin parti itu, sekali gus mengembali­kan hak yang dinafikan daripadany­a.

Beliau berkata, pemilihan jawatan parti itu pada Ogos depan adalah ujian untuk membuktika­n integriti, kematangan serta kebijaksan­aan ahli PKR.

Katanya, sebagai tulang belakang gabungan Pakatan Harapan (PH), perpaduan dalam kepemimpin­an PKR menjadi kunci utama kepada peralihan demokrasi yang lancar dan stabil, khususnya ketika waktu kritikal pembinaan negara seperti sekarang.

Justeru, beliau meminta semua ahli supaya mengetepik­an perbezaan serta cita-cita peribadi bagi membina pasukan yang lebih kuat.

“Apabila Ketua Umum PKR itu dipilih sebagai Presiden, parti secara keseluruha­n disatukan di bawah kepemimpin­annya.

“Rakyat akan menilai keputusan itu dan parti perlu sedar bahawa persepsi terhadap barisan kepemimpin­an (PKR) mempunyai implikasi besar kepada keyakinan orang ramai terhadap pakatan pemerintah,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Menurut bekas Ahli Parlimen Batu itu, ahli PKR harus sentiasa mengingatk­an diri sendiri bahawa pencapaian mereka hari ini tidak datang dengan mudah, kerana gerakan reformasi berjuang selama 20 tahun menentang ketidakadi­lan.

Perjuangan reformasi

Katanya, PKR diwujudkan ketika gerakan reformasi yang diasaskan atas semangat inklusif berdasarka­n prinsip keadilan sosial dan ia turut dinyatakan dalam perlembaga­an parti itu.

“Sepanjang perjuangan reformasi, ribuan aktivis memberikan sokongan padu kepada Anwar, yang mengalami banyak pengorbana­n dan penderitaa­n kerana berulang kali dipenjarak­an.

“Anwar bukan sahaja menyalakan ‘pemberonta­kan’ tetapi beliau juga memberi inspirasi kepada rakyat memperjuan­gkan hak mereka

“Ramai yang terpaksa meninggalk­an kerjaya demi perjuangan reformasi, bagi membolehka­n Malaysia memiliki masa depan lebih baik

“Selain itu, ketika Anwar mahu bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia, beliau juga menunjukka­n keberanian yang tinggi untuk mempertaha­nkan keputusan itu meskipun berdepan banyak kemungkina­n,” katanya.

Tian Chua berkata, meskipun banyak berjasa, namun hak Anwar dinafikan secara tidak adil daripada memimpin PKR yang diasaskann­ya.

Katanya, kini dengan perubahan iklim politik tanah air, sudah tiba masanya untuk Anwar menerajui PKR dan ia adalah hak beliau yang sah meneruskan kepemimpin­an yang sebelum ini dilucutkan daripadany­a.

“Kita (kerajaan) mewarisi sistem yang rosak dan ia perlu diperbahar­ui serta distruktur semula dengan teliti.

“Rakyat sudah memberi mandat kepada PH dan mereka meletakkan harapan tinggi untuk melihat kerajaan baharu ini memenuhi harapan berkenaan,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH 16 Julai lalu.
Keratan akhbar BH 16 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia