Berita Harian

Sambutan meriah, hebat TH undang sebak jemaah

Paluan gendang tradisiona­l Arab sambut ketibaan rombongan pertama

-

Ada kalangan mereka yang sebak dan tidak kurang juga mengalirka­n air mata apabila jemaah haji Malaysia diberi sambutan meriah oleh petugas Tabung Haji (TH) ketika tiba di bandar ini dari Madinah pada awal pagi semalam.

Selain paluan gendang tradisiona­l masyarakat Arab, dendangan lagu nasyid dan selawat, lobi hotel turut dihiasi belon, taburan bunga dan hamparan permaidani hijau bagi menyambut ketibaan jemaah.

Sambutan kepada 478 jemaah penerbanga­n pertama KT1 itu sejurus tiba di Maktab 74, iaitu hotel Abraj Al-janadriyah pada kira-kira jam 1 pagi diketuai Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bersama kira-kira 100 petugas lain.

Jemaah dari Terengganu, Hasim Mohd Nor, 61, berkata dia tidak sangka akan sekali lagi menerima sambutan hebat dan meriah seperti diterimany­a ketika tiba di Madinah pada 14 Julai lalu.

Dilayan seperti VIP

“Saya betul-betul tak sangka dan rasa amat terharu kerana kami dilayan seperti VIP, lengkap dengan hamparan permaidani dan taburan bunga mawar.

“Apapun, yang lebih penting ialah kami sudah selamat tiba di bumi Makkah. Alhamdulil­lah, semoga segala urusan kerja haji kami berjalan lancar dan diterima Allah,” katanya.

Bagi Siti Mariam Taib, 49, juga dari Terengganu, beliau turut terharu dengan sambutan diberikan petugas TH dan bersyukur kerana perjalanan dari Madinah ke Makkah lancar.

“Ini kali pertama saya menjejakka­n kaki ke Tanah Suci. Syukur sangat kerana impian saya selama 20 tahun akhirnya menjadi kenyataan. Mudahmudah­an segala urusan ibadat selepas ini turut dipermudah­kan Allah,” katanya.

Walaupun tiba pada awal pagi dan terpaksa mengharung­i lebih enam jam perjalanan menaiki 11 bas, urusan bagasi jemaah dipermudah­kan apabila beg mereka dibawa secara berasingan oleh ejen tempatan dan diletakkan terus di aras bilik hotel penginapan masing-masing.

Sementara itu, Syed Salleh berkata, kumpulan jemaah pertama yang tiba di Makkah itu dibawa menunaikan umrah bermula jam 6 pagi dan pihaknya juga sudah mengatur pelbagai aktiviti ziarah, selain tujuh sesi ceramah sebagai persiapan menjelang hari wukuf dijangka pada 20 Ogos depan.

“Kita berharap pergerakan jemaah yang lancar ini dapat diteruskan sehingga akhir operasi haji. Kumpulan terakhir dijadual tiba di Makkah pada 15 Ogos, iaitu melalui penerbanga­n terus dari Kuala Lumpur ke Jedah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Ketibaan 478 jemaah penerbanga­n pertama KT1 di Maktab 74, hotel Abraj Al-janadriyah disambut meriah.
Ketibaan 478 jemaah penerbanga­n pertama KT1 di Maktab 74, hotel Abraj Al-janadriyah disambut meriah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia