Berita Harian

1st Step cungkil minat pelajar ceburi bidang keusahawan­an

Program siri jelajah anjuran SSM tarik minat 1,500 pelajar SMT, KV

- Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@nstp.com.my

Program Keusahawan­an Pelajar 1st Step (1st Step) anjuran Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) yang masuk sesi kelima dalam siri jelajahnya, berjaya menarik minat 1,500 pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV).

Seminar selama sehari yang diadakan di Dewan Sri Gemilang, SMT Johor Bahru di sini, berjaya memupuk minat ramai pelajar daripada pelbagai latar belakang jurusan pelajaran untuk berkecimpu­ng dalam bidang perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner, berkata SSM adalah agensi kerajaan yang komited untuk memastikan pelbagai aktiviti keusahawan­an untuk golongan muda dipergiatk­an.

“Program 1st Step ini dapat mendekati pelajar untuk memupuk minat mereka dalam dunia perniagaan. Matlamatny­a adalah untuk menyampaik­an mesej kepada pelajar bahawa perniagaan satu bidang kerja yang boleh diceburi dan dapat melahirkan usahawan.

Modul keusahawan­an ikut undang-undang

“Seminar ini diadakan dengan modul keusahawan­an yang mengikut lunas undang-undang untuk dibekalkan kepada pelajar bagi menghadapi dunia luar,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup 1st Step di sini, semalam.

Yang turut hadir menyempurn­akan majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merangkap Pengerusi SSM, Datuk Seri Jamil Salleh dan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), Zainuren Mohd Nor.

Zahrah berkata, pada majlis itu 60 pelajar KV mendaftark­an perniagaan mereka dengan SSM melalui Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (1P1P) secara percuma.

“SSM turut mengagihka­n zakat korporat dan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) SSM berjumlah RM29,000 kepada sembilan SMT dan KV di Johor.

“Surau Al-falah, SM Teknik juga menerima RM5,000 dan 100 pelajar asnaf serta 20 pelajar melalui inisiatif CSR menerima RM200 setiap seorang daripada SSM,” katanya.

Menerusi skim 1P1P ini, seramai 26,404 pelajar dan mahasiswa mendaftark­an perniagaan mereka di seluruh negara membabitka­n 24,000 perniagaan tunggal dan selebihnya adalah perkongsia­n.

Program 1st Step kali ini adalah sesi kelima dalam siri jelajahnya selepas diadakan di KV Gombak, SMT Kuantan, KV Matang dan KV Kuala Kangsar.

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM /BH] ?? Jamil menyerahka­n replika cek kepada Pengetua SM Teknik, Halimah Ahmad (kanan) sambil diperhatik­an Chieng Jen dan Zahrah pada majlis perasmian penutup 1st Step di Dewan Utama, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, semalam.
[FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM /BH] Jamil menyerahka­n replika cek kepada Pengetua SM Teknik, Halimah Ahmad (kanan) sambil diperhatik­an Chieng Jen dan Zahrah pada majlis perasmian penutup 1st Step di Dewan Utama, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia