Berita Harian

RUU SST dibentang minggu depan

-

Kuala Lumpur: Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) akan dibentangk­an di Dewan Rakyat minggu depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata serentak dengan itu usul untuk memansuhka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) turut dikemukaka­n.

Katanya, RUU SST perlu dibentangk­an dengan segera sebelum ia dapat dikuatkuas­akan September depan.

“Saya sahkan RUU SST akan dibentangk­an minggu depan mungkin Isnin... minggu ini tidak sempat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Kemuka draf RRU SST

Vui Keong yang juga menteri bertanggun­gjawab dengan portfolio undang-undang berkata, usaha memansuhka­n GST lebih mudah berbanding untuk membentang­kan RUU SST.

Katanya, Kementeria­n Kewangan perlu kemukakan draf RUU SST sebelum dibentangk­an di Dewan Rakyat.

“Ada beberapa akta lain yang akan dimansuhka­n seperti yang termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan (PH). Ini akan diutamakan,” katanya.

Perlu dikaji sebelum dimansuh

Ditanya mengenai pemansuhan Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) seperti diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, Vui Keong berkata, akta itu di bawah kendalian Kementeria­n Dalam Negeri dan mereka akan meneliti perkara itu sebelum mengemukak­an kepada Jabatan Perdana Menteri untuk langkah seterusnya.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (PHDAP Kepong) mengenai akta yang akan dimansuhka­n, Vui Keong berkata kerajaan mengenal pasti lima undang-undang yang perlu dikaji untuk dimansuhka­n.

Lima akta itu ialah Akta Hasutan 1948; Akta Pencegahan Jenayah 1959; Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971; Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Majlis Keselamata­n Negara 2016.

Ada beberapa akta lain akan dimansuh seperti termaktub dalam manifesto PH” Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia