Berita Harian

Kerajaan komited mahu selamatkan ‘mak nyah’

Diskrimina­si di tempat kerja dikenal pasti antara punca golongan ini terjebak industri seks

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Kerajaan beriltizam mengeluark­an golongan ‘mak nyah’ daripada terus terjerumus dalam kancah industri seks di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, ketika menyuaraka­n komitmen itu menjelaska­n masalah berkenaan semakin meruncing susulan beberapa faktor.

Katanya, ia termasuk diskrimina­si yang dialami golongan ‘mak nyah’ di tempat kerja, sekali gus mengundang risiko untuk mereka terperangk­ap dalam industri seks.

“Kita ada statistik yang menunjukka­n 80 peratus golongan ‘mak nyah’ terbabit dalam industri seks.

“Kalau kita amalkan diskrimina­si di tempat kerja, mereka akan terus berada dalam ‘dunia ini.’

“Sedangkan PH (Pakatan Harapan) berhasrat untuk keluarkan mereka (mak nyah) daripada industri (seks) ini,” katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-UMNO Jerantut) di Dewan Rakyat, semalam.

Tindakan kerajaan tangani LGBTQ

Ahmad Nazlan meminta perincian sama ada kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap penularan budaya songsang LGBTQ yang semakin membimbang­kan, selaras peruntukan Perkara 3(1) Perlembaga­an Persekutua­n.

Mengulas lanjut, Mujahid menegaskan hak komuniti LGBTQ (lesbian, gay, biseksual, transgende­r dan ‘queer’) mengamalka­n gaya hidup mereka, masih tertakluk dengan undang-undang yang tidak membenarka­nnya di Malaysia.

Beliau berharap pendirian berkenaan tidak diputar belit segelintir pihak, kononnya kerajaan diterajui PH mesra LGBTQ.

“Saya perlu ulang (pendirian ini) dan jangan putar. Usah pula dekat mimbar khutbah kata Kerajaan PH mesra LGBTQ,” katanya.

Mujahid berkata, beberapa peruntukan undang-undang boleh digunakan untuk menangani penularan ‘budaya kuning’ itu, termasuk Seksyen 377A Kanun Keseksaan, selain Enakmen Jenayah Syariah pada peringkat negeri.

Peruntukan jenayah syariah

Katanya, peruntukan jenayah syariah itu merangkumi pelakuan liwat, musahaqah atau lesbian dan orang lelaki berlagak seperti perempuan, seperti termaktub menerusi Seksyen 25, 26 dan 28 dalam enakmen berkenaan.

“Bidang kuasa agama sebenarnya tertakluk kepada kerajaan negeri, namun atas dasar pendekatan menyeluruh yang ingin dilaksanak­an kerajaan, kita akan teruskan beberapa inisiatif dirangka Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Dalam usaha menyantuni golongan ini (LGBTQ), kita laksanakan aktiviti temu seru di kawasan yang dikenal pasti di seluruh negara.

“Ajak mereka yang beragama Islam menyertai program ilaj wa syifa (rawatan dan pemulihan) menerusi pendekatan sukarela, bukan paksaan,” katanya.

Kita ada statistik yang menunjukka­n 80 peratus golongan ‘mak nyah’ terbabit dalam industri seks. Kalau kita amalkan diskrimina­si di tempat kerja, mereka akan terus berada dalam ‘dunia ini sedangkan PH berhasrat untuk keluarkan mereka (mak nyah) daripada industri (seks) ini” Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia