Berita Harian

Kementeria­n kaji program baharu basmi kemiskinan

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar sedang mengkaji untuk melaksana program baharu pembasmian kemiskinan di beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menterinya, R Sivarasa berkata langkah itu perlu diambil memandangk­an negeri berkenaan dilihat kurang mendapat perhatian dari segi usaha pembasmian kemiskinan sebelum ini.

Komited basmi kemiskinan

“Kerajaan komited dalam pelaksanaa­n program soal pembasmian kemiskinan dan peningkata­n pendapatan di samping mengkaji program baharu yang boleh diperkenal­kan terutama di Kedah, Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak,” katanya menjawab soalan Leow Hsiad Hui (PH-PKR Hulu Selangor), pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, antara program yang dilaksanak­an ialah program perumahan rakyat termiskin, program latihan kemahiran dan kerjaya, program peningkata­n pendapatan dan program keusahawan lain seperti Cabaran Perniagaan Luar Bandar (RBC), bagi membantu meningkatk­an pendapatan isi rumah luar bandar.

Masyarakat Orang Asli

Dalam pada itu, Sivarasa berkata kerajaan sedar masih ramai masyarakat Orang Asli di negara ini yang belum menikmati taraf hidup yang sesuai.

Justeru, katanya, kementeria­n akan menyusun pelbagai program tambahan untuk meningkatk­an kebajikan dan status ekonomi mereka termasuk melalui konsultasi dengan ketua masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia