Berita Harian

Khidmat 353 Klinik Komuniti dipertingk­at

-

Kuala Lumpur: Perkhidmat­an di 353 Klinik Komuniti di seluruh negara akan dipertingk­atkan, termasuk menyediaka­n lebih doktor, farmasi serta khidmat rawatan kesihatan kepada rakyat, kata Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, kerajaan percaya dengan penambahba­ikan itu, penyampaia­n perkhidmat­an rawatan kesihatan akan dapat diakses dengan lebih baik, khususnya oleh masyarakat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Kita akan pertingkat­kan kerana kita boleh jadikan Klinik Komuniti itu dikendalik­an pihak doktor, untuk memberikan kemudahan sampai ke kawasan luar bandar.

“Ini adalah peningkata­n dari segi penyampaia­n sistem khidmat kesihatan kepada golongan B40, luar bandar dan pedalaman,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-UMNO Lenggong), mengenai usaha kerajaan dalam memberi akses kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar dan pedalaman, yang tidak mempunyai klinik swasta pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Ganti Klinik 1Malaysia

Klinik Komuniti sebelum ini dikenali sebagai Klinik 1Malaysia, yang diperkenal­kan kerajaan terdahulu.

Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Kesavan Subramania­m (PH-PKR Sungai Siput), mengenai perkembang­an terkini Skim Peduli Sihat Nasional, Dzulkefly berkata, Kementeria­n Kesihatan sedang membuat penilaian mendalam bagi pelaksanaa­n skim perlindung­an kesihatan kerana melibatkan pelbagai faktor.

Pakej kesihatan

“Ini termasuk pakej perlindung­an kesihatan, pangkalan data kumpulan sasaran, pembanguna­n sistem, pemetaan pembekal perkhidmat­an kesihatan, dan semestinya implikasi kewangan kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun kerajaan menangguh sementara beberapa janji 100 hari, termasuk Skim Peduli Sihat Nasional, Kementeria­n Kesihatan tetap komited untuk meneruskan usaha melaksanak­an skim perlindung­an kesihatan secara berfasa.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Dzulkefly dikerumuni wartawan selepas persidanga­n Dewan Rakyat di Parlimen, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Dzulkefly dikerumuni wartawan selepas persidanga­n Dewan Rakyat di Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia