Berita Harian

PENDAPATAN DAN PERBELANJA­AN GURU

-

di Pulau Pinang terpaksa berulang-alik hampir 90 kilometer sehari kerana tidak mampu menyewa di sekitar sekolah di bandar Georgetown.

Seorang guru di sebuah sekolah Pulau Pinang berkata, kos hidup terlalu tinggi di bandar raya itu memaksanya mencari rumah di Bertam, Kepala Batas dan menempuh perjalanan 90 kilometer setiap hari.

Beliau berkata, dia membelanja­kan sekitar RM600 sebulan hanya untuk kos petrol dan tol, selain terpaksa menempuh kesesakan satu hingga dua jam di Jambatan Pulau Pinang, setiap kali ke tempat kerja.

“Ini tidak berlaku kepada saya seorang, sebaliknya ramai guru kerana kami tidak mampu menyewa di Pulau Pinang disebabkan kadar sewa paling rendah pun sekitar RM800. Jadi, terpaksa kami ‘merantau’ setiap hari.

“Lebih menyedihka­n, saya pernah berkhidmat di sebuah sekolah Johor Bahru dan nasib masih tidak berubah kerana kos hidup di dua bandar ini sama saja,” katanya.

guru sekolah rendah di Shah Alam mengakui kos hidup yang ditanggung­nya amat memberi tekanan kerana setiap bulan gajinya hanya berbaki kira-kira RM550.

“Saya masih belum berumah tangga, tetapi turut berdepan dengan bebanan kos, meskipun ketika ini gaji kasar saya ialah 3,400.

“Orang mungkin melihat gaji itu besar dan saya tiada tanggungan, tetapi cubalah berada di tempat tinggal saya di Damansara.

“Saya tidak mendapat kuarters perguruan dan mujur sewa rumah ketika ini hanya RM400 sahaja, namun nasib semua guru tidak sebaik saya kerana kos sewa rumah pangsa mereka sahaja mencecah RM700 ke RM1,000,” katanya.

Bagi memastikan dia tidak berbelanja lebih, Jaslina berkata, dia terpaksa mengawal kos makan minum, termasuk kos petrol pada setiap hari namun, kos luar jangka tidak dapat dielakkan.

sekolah rendah di Johor Bahru pula berkata, guru di negeri itu sememangny­a merungut terhadap kos sara hidup, lebih-lebih lagi guru terpaksa menampung kos lain untuk kegunaan murid atau sekolah.

“Ramai merungut terpaksa menggunaka­n kenderaan sendiri membawa pelajar, mengeluark­an duit sendiri untuk bahan bantu mengajar dan hiasan kelas serta belanja lain yang menambahka­n beban.

“Ada kes guru dan pasanganny­a ditempatka­n di daerah atau negeri berbeza yang memaksa seorang daripadany­a menempuh perjalanan jauh, sekali gus memberikan tekanan emosi serta berikutan saban hari perlu keluar awal pagi dan pulang malam,” katanya.

Beliau berkata, isu dibangkitk­an Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berhubung kekurangan guru di bandar besar negeri itu sememangny­a berlaku.

“Saya amat berharap elaun sara hidup (Cola) sepatutnya dibuat penyelaras­an,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia