Berita Harian

Mahkamah Syariah belum terima permohonan

Pasangan muda diminta daftar nikah elak masalah masa depan

- Oleh Siti Nor Hidayatida­yu Razali

Mahkamah Syariah di negeri ini tidak menerima sebarang permohonan perkahwina­n membabitka­n budak perempuan berusia 13 tahun dengan seorang remaja lelaki 19 tahun, kata Ketua Pendakwa Syarie Kelantan, Zaini Sulaiman.

Beliau berkata, hingga kini pasangan berkenaan belum membuat permohonan di mahkamah untuk pengesahan perkahwina­n.

Katanya, mereka perlu mendapat kebenaran mahkamah memandangk­an pengantin perempuan di bawah umur.

Lakukan kesalahan

“Kita berharap pasangan muda itu tampil di Mahkamah Syariah berdekatan untuk membuat pendaftara­n bagi mengelak sebarang masalah pada masa depan, termasuk membuat surat beranak anak.

“Mereka melakukan kesalahan mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan 2002 yang boleh didenda maksimum RM1,000,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

NSTP kelmarin melaporkan pasangan muda berusia 13 tahun dan 19 tahun itu berkahwin pada 20 Jun lalu di Thailand selepas dua hari perkahwina­n kontrovers­i membabitka­n pasangan peraih getah berusia 41 tahun dan budak perempuan 11 tahun.

Kadi dari Thailand

Budak perempuan berusia 13 tahun dan pasanganny­a itu menggunaka­n khidmat kadi dari Thailand dengan membawa dua saksi serta wali yang juga bapa saudara pengantin.

Zaini berkata, pasangan itu perlu membawa dokumen perkahwina­n dikeluarka­n Majlis Agama Islam Narathiwat bagi memudahkan urusan pendaftara­n.

 ??  ?? Keratan akhbar BH Ahad lalu.
Keratan akhbar BH Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia