Berita Harian

Pemilik butik pengantin didenda RM7,200

-

Pasir Mas: Seorang pemilik butik pengantin didenda RM7,200 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas kesalahan mengekspor­t 103 liter minyak petrol ke negara jiran, Khamis lalu.

Majistret Muhammad Yusoff Abdullah mengenakan hukuman itu terhadap warga Thailand, Masuelan Awae, 36, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit.

Mengikut pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memiliki minyak petrol dengan kuantiti 103 liter dalam tangki tambahan yang diubah suai di tempat duduk belakang Proton Wira Aeroback di Stesen Minyak Petron, Rantau Panjang, pada jam 11.15 pagi, Khamis lalu, yang menimbulka­n syak barang kawalan itu akan dieksport ke Thailand.

Tidak diwakili peguam

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau tidak lebih tiga tahun penjara.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Pasir Mas, Zubaery Othman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Masuelan dalam rayuannya memohon mahkamah meringanka­n hukuman atas alasan perlu menanggung tiga anak kecil dan ibu kandungnya.

Muhammad Yusoff mengenakan denda RM7,200 atau penjara lima bulan jika tertuduh gagal membayarny­a.

Tertuduh dibebaskan selepas membayar denda kira-kira jam 10 pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia