Berita Harian

Suami isteri tak mengaku abai rawatan punca anak mati

-

Kuantan: Pasangan suami isteri yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mengabaika­n rawatan perubatan anak lelakinya berusia 10 tahun sehingga membawa kematian pada 9 Julai lalu.

Penjual kereta, Mohammad Zawani Mohammad Jasni, 30, dan isteri, Azreen Junysar, 29, dari Kampung Rantau Panjang, Klang, dituduh mengabaika­n anak lelakinya, Mohd Luthhakim Abdullah yang dijaganya daripada mendapat rawatan perubatan dan pemelihara­an mencukupi.

Ia menyebabka­n anaknya yang juga murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Ching mengalami kecederaan fizikal yang membawa kepada kematian.

Susulan itu, pasangan terbabit didakwa melakukan kesalahan mengikut Sekyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebutan semula kes 27 Ogos

Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari menawarkan jaminan RM30,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Namun, Mohammad Zawani memohon mahkamah mengurangk­an jaminan dengan alasan memperoleh gaji bulanan RM2,000 dan seorang anak lelaki yang perlu ditanggung, manakala gaji isterinya yang mengasuh kanak-kanak hanya mendapat upah RM1,200.

Bagaimanap­un, Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan jaminan RM15,000 kepada setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Siti Aminah juga membenarka­n tertuduh melantik peguam mewakili mereka bagi sebutan semula kes pada 27 Ogos ini.

Pada 9 Julai lalu, Muhammad Luthhakim disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 tengah hari di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas dilaporkan tidak sedarkan diri di rumahnya di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak, di sini.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan berlaku pendarahan pada saluran makanan disebabkan pecah salur darah atau ulser pada esofagus kerana pukulan kuat.

Ekoran kejadian itu, ibu bapanya ditahan bagi membantu siasatan.

 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Mohammad Zawani dan Azreen dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam.
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Mohammad Zawani dan Azreen dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia