Berita Harian

‘Ini bukan kedai kopi’

Hakim tegur Ketua UMNO Sungai Besar hanya buat dakwaan tanpa bukti, rujukan

- Oleh Murni Wan Omar

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos beberapa kali ditegur oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab supaya tidak menyamakan perbicaraa­n mahkamah seperti kedai kopi apabila gagal mengemukak­an bukti dan rujukan bagi menyokong dakwaannya.

Teguran Mohd Zaki itu dibuat ketika Jamal memberi keterangan kes saman dikemukaka­n bekas pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah (kini Ahli Parlimen Petaling Jaya) terhadap beliau kerana mengaitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan dengan militan Daesh.

Ketika menjawab soalan peguam N Surendran yang mewakili Maria, Jamal mengakui tidak mempunyai bukti mendakwa suami Maria, iaitu arwah Yunus Ali yang juga ahli kumpulan komando Petubuhan Pembebasan Palestin (PLO), terbabit dengan organisasi pengganas.

Beliau juga tidak pasti apabila ditanya berhubung dakwaan terhadap pembabitan Yunus dalam rampasan kapal terbang, pengeboman atau peristiwa Munich 1972.

Sumber media sosial

“Saya tidak pasti, pengetahua­n yang saya dapat adalah daripada media sosial. Saya tidak membawa bukti untuk menyokong dakwaan itu kerana tidak terlintas untuk menyimpan apa yang dibaca,” katanya.

Menjawab soalan lain daripada Surendran, Jamal mendakwa beliau tidak mengetahui siapa pengerusi BERSIH ketika itu kerana mendakwa Maria sering bersama Datuk S Ambiga.

“Saya hanya kenal Maria melalui media sosial dan tidak mengenali secara peribadi.

“Saya hanya mendapat pengetahua­n daripada media sosial bahawa ada kebarangka­lian perhimpuna­n yang diadakan itu akan melarat sehingga mengepung lapangan terbang dan tempat strategik yang lain.

“Nasib baik buat provokasi hanya sedikit yang datang,” katanya.

Maria memfailkan saman pada 7 Oktober 2016, menamakan Jamal yang juga Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan Melayu dan Gerakan Merah Malaysia (GMM), selaku defendan.

Dalam writ saman dan per- nyataan tuntutan, Maria berkata, Jamal mengeluark­an katakata fitnah terhadapny­a pada sidang media di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 28 September lalu dan ia diterbit serta disiarkan beberapa portal berita, media cetak dan elektronik.

Mengaku provokasi

Katanya, defendan sekali lagi mengeluark­an kata-kata fitnah terhadapny­a pada 4 Oktober lalu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Aman dan diterbitka­n di media cetak dan elektronik pada 5 Oktober tahun sama.

Terdahulu, Jamal mengaku bahawa beliau melakukan provokasi bagi mengagalka­n perhimpuna­n BERSIH 5.0 pada November 2016.

Menurutnya, kebanyakan kenyataan yang dibuat hanyalah bersandark­an andaian dan tidak berniat jahat.

“(Merujuk kepada kenyataan Jamal) Ini perumpamaa­n kerana Maria menganggap dirinya NGO yang bebas daripada mana-mana politik, tetapi apabila perhimpuna­n diadakan, orang politik yang berada di hadapan.

“(Merujuk kepada perbuatan membuang surat saman oleh Maria ke dalam mangkuk tandas) Saya berbuat demikian kerana ia bukan daripada BERSIH dan kenyataan saya sebelum ini hanya kepada pertubuhan itu dan bukan Maria,” katanya ketika menjawab soalan peguamnya, Mohamed Nasser Yusof.

 ?? [FOTO ROSDAN WAHID/BH] ?? Jamal (tengah) dibawa ke Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ROSDAN WAHID/BH] Jamal (tengah) dibawa ke Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia