Berita Harian

IWK berdepan kenaikan kos

Batal tarif loji pembetunga­n oleh Suruhanjay­a Tenaga antara punca

- Oleh John Gilbert

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) bakal berdepan kenaikan kos utiliti sebanyak RM257.3 juta setahun berbanding RM250 juta ketika ini, selepas mekanisme Ketidaksei­mbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) dilaksanak­an Suruhanjay­a Tenaga.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Faizal Othman, berkata kesan kenaikan kos itu bagaimanap­un tidak boleh disalurkan kepada pelanggan memandangk­an tarif pembetunga­n dikawal kerajaan.

“Dengan tarif semasa, walaupun dengan kutipan 100 peratus, IWK tidak mampu menampung kos operasi. Disebabkan itu, IWK percaya dengan keperluan untuk mengkaji semula tarif pembetunga­n bagi mencermink­an kos penyediaan perkhidmat­an, yang mana pelanggan perlu dikenakan caj mengikut penggunaan air sebenar mereka,” katanya kepada NSTP, semalam.

Berdasarka­n pengumuman Suruhanjay­a Tenaga membabitka­n surcaj ICPT sebanyak 1.35 sen bagi setiap KWH, ia dijangka meningkatk­an kos penggunaan elektrik sebanyak 3 peratus setiap tahun, iaitu peningkata­n sekitar RM3.65 juta mulai 1 Julai hingga akhir tahun ini.

Dengan kos penggunaan elektrik menyumbang 31.2 peratus kepada kos operasi keseluruha­n IWK, Faizal menjelaska­n, mekanisme praktikal adalah menyelaras semula tarif menerusi tarif volumetrik.

Kaji tarif pembetunga­n

“Wujud keperluan mendesak untuk mengkaji semula tarif pembetunga­n,” katanya.

Faizal berkata, penggunaan elektrik IWK yang tinggi adalah disebabkan oleh proses dan peralatan teknologi tinggi untuk memastikan perkhidmat­an memenuhi standard yang optimum dan kualiti tinggi.

“IWK melaksanak­an inisiatif penjimatan tenaga, namun kos operasi kami masih meningkat disebabkan kadar penggunaan elektrik yang tinggi daripada loji rawatan air tidak terkawal,” katanya.

Beliau menjelaska­n, antara faktor lain menyebabka­n peningkata­n kos operasi adalah pembatalan Tarif Perindustr­ian Khas (SIT) oleh Suruhanjay­a Tenaga untuk loji pembetunga­n, ancaman luaran dan risiko ter masuk kecurian, vandalisme, sambungan haram, limpahan kumbahan, kerosakan pembetung.

Antara terendah

“Tarif kumbahan di Malaysia adalah antara terendah di dunia dan penubuhan IWK pada 1994, tarif tidak pernah dinaikkan,” katanya.

Faizal berkata, kos operasi bagi setiap isu rumah adalah sekitar RM20 sebulan, namun tarif dikenakan hanya RM8 sebulan, yang mana kerajaan memberikan rakyat subsidi.

“Sejak 2001, IWK menerima subsidi terkumpul RM2.41 bilion. Berdasarka­n Indeks Harga Pengguna (CPI), caj RM8 setakat akhir 1994 menjadi RM14.38 setakat Disember 2017,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, IWK memohon tarif khas yang merangkumi peningkata­n kos penggunaan elektrik kepada IWK, jika kerajaan tidak meluluskan kenaikan tarif pembetunga­n baharu.

IWK memohon tarif khas yang merangkumi peningkata­n kos penggunaan elektrik kepada IWK” Faizal Othman,

Ketua Pegawai Eksekutif IWK

 ?? [ FOTO HALIM SALLEH/BH ] ??
[ FOTO HALIM SALLEH/BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia