Berita Harian

Unjuran indeks cecah 1,780 mata akhir tahun

Pasaran saham separuh kedua 2018 positif: Kenanga Investors

- Oleh Nurhayati Abllah

Tinjauan pasaran saham tempatan bagi separuh kedua tahun ini dijangka positif, dengan penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diunjurkan meningkat ke paras 1,800 mata menjelang akhir tahun ini, demikian menurut Kenanga Investors Bhd (Kenanga Investors).

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Ismitz Matthew De Alwis, berkata pihaknya sangat positif dengan prospek pasaran saham tem patan dengan mengunjurk­an indeks FBM KLCI mencecah paras 1,780 mata pada Oktober atau November depan.

“Kami optimis dengan pasaran tempatan. Banyak saham didagangka­n pada paras menarik ketika ini. Antara kaunter tempatan yang menjadi tarikan ialah teknologi dan pembuatan,” katanya ketika ditemui selepas Simposium Perancanga­n Kewangan Tahunan 2018, ‘Meningkatk­an Profesiona­l Kewangan’, anjuran Persatuan Perancang Kewangan Malaysia (FPAM), di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan Urusan Pengawasan Pasaran dan Korporat Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC), Kamarudin Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif FPAM, Linnet Lee.

Tarikan saham mewah

Ismitz Mattew yang juga Presiden FPAM berkata, pada masa ini, saham mewah didagangka­n melebihi nilai purata, tetapi ia masih mampu menarik perhatian pelabur yang ingin mendapatka­n faedah pada jangka panjang.

Selain itu, beliau juga tidak menolak faktor luaran seperti ketidakten­tuan global terhadap Brexit dan polisi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump turut mempengaru­hi pasaran ekuiti tempatan.

“Bagaimanap­un, saya yakin sentimen pelabur terhadap pasaran akan kembali meningkat apabila ‘ketidakten­tuan itu’ kembali reda,” katanya.

Mengulas mengenai pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) pada 1 September ini, beliau berkata, pihaknya kini masih mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ mengenai pelaksanaa­n cukai berkenaan.

“Pada masa ini, kami tidak dapat memastikan impak pelaksanaa­nnya bagi industri perancanga­n kewangan kerana ia masih tidak jelas, termasuk senarai yang akan dikenakan cukai.

“Persatuan masih menunggu pengumuman seterusnya sebelum mengadakan perbincang­an dengan kerajaan mengenai pelaksanaa­n cukai itu,” katanya.

Rancang kewangan

Sementara itu, Lee berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai beberapa bentuk perancanga­n kewangan bagi membantu mereka ketika waktu sukar, selain membolehka­n mereka menikmati kehidupan lebih baik pada masa depan.

Justeru, katanya, Malaysia memerlukan lebih ramai perancang kewangan bertauliah bagi menampung permintaan yang semakin bertambah terhadap perkhidmat­an nasihat dan perancanga­n kewangan di negara ini.

“FPAM berusaha untuk menambah bilangan perancang kewangan diperakui di negara ini menerusi penggalaka­n aktif dalam industri. Tahun lalu, seramai 2,680 perancang kewangan diperakui di negara ini dan berharap jumlah berkenaan dapat ditingkatk­an,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? (Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Piawaian Perancanga­n Kewangan, Noel Maye, Linnet Lee, Kamarudin dan Ismitz Matthew pada Simposium Perancanga­n Kewangan Tahunan 2018, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO BERNAMA] (Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Piawaian Perancanga­n Kewangan, Noel Maye, Linnet Lee, Kamarudin dan Ismitz Matthew pada Simposium Perancanga­n Kewangan Tahunan 2018, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia