Berita Harian

Airbus kaji pelaburan di Negeri Sembilan

-

Airbus bersetuju untuk menjalanka­n kajian daya maju sebelum melabur dalam hab penerbanga­n yang akan dibangunka­n di Negeri Sembilan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelaburan, Perindustr­ian, Keusahawan­an, Pendidikan dan Modal Insan Negeri, Dr Mohamad Rafie Ab Malek, berkata persetujua­n itu hasil rundingan Airasia dengan syarikat pengeluar pesawat terkemuka dunia itu.

Dalam surat komitmen oleh Airbus kepada Ketua Pegawai Eksekutif Airasia, Tan Sri Tony Fernandes bertarikh 18 Julai lalu, beliau berkata syarikat itu bersetuju menjalanka­n kajian kemungkina­n dalam tempoh 18 bulan bagi melihat kemajuan projek itu bagi jangka masa panjang dalam pelbagai aspek.

“Kerajaan negeri amat berbesar hati dengan usaha yang dilakukan oleh Fernandes yang bekerja keras meminta Airbus membuka Finish Assembly Line (FAL) di hab penerbanga­n berkenaan.

“Jika mereka bersetuju, ini akan menjadi lokasi kelima pembukaan FAL selain di Perancis, Jerman, China dan Amerika Syarikat,” katanya pada sidang media bersama Fernandes di Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di Seremban, semalam.

Hab penerbanga­n di Labu

Selain itu Rafie berkata, kerajaan negeri dengan Airasia turut mewujudkan satu jawatankua­sa khas bagi membuat kajian penilaian berkenaan pembanguna­n hab penerbanga­n yang dicadang dibina di Labu itu.

Katanya, selain FAL kerajaan negeri juga bercadang mewujudkan pusat penyelengg­araan, pembaikan dan membaik pulih (MRO) komersial, pesawat, enjin dan komponen di hab penerbanga­n itu.

Sementara itu, Fernandes berkata, hasil pertemuann­ya dengan Airbus, barubaru ini, antara syarat asas yang diminta oleh Airbus ialah kawasan yang bersesuaia­n bagi pembinaan hab penerbanga­n dan pekerja mahir.

Katanya, apa yang penting bagi Airbus adalah menyediaka­n pekerja mahir, sekali gus membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia