Berita Harian

Isi rumah manfaat SST

Rombak cukai perkukuh fiskal, hutang negara

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Penstruktu­ran semula cukai komprehens­if dalam tempoh sederhana adalah kritikal untuk memastikan kedudukan fiskal dan hutang negara ini mapan, demikian mengikut CIMB Investment Bank Bhd.

Bank pelaburan itu berkata, di samping pembaharua­n fiskal, pembaharua­n cukai komprehens­if yang membantu memudahkan struktur cukai dan memperluas­kan asas cukai juga sama pentingnya.

Katanya, pengekalan disiplin fiskal ketika ini adalah bergantung kepada keupayaan kerajaan semasa untuk merasional­isasikan perbelanja­an tidak produktif dengan cepat dan mengurangk­an kebocoran pendapatan memandangk­an pendapatan berkaitan minyak yang tinggi hanya menyediaka­n penampan sementara yang lemah.

“Kerajaan jangka mengutip RM21 bilion daripada pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) berbanding RM44 bilion yang diunjurkan dalam Bajet 2018 di bawah rejim Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Kurang pendapatan RM23B

“Ini sekali gus menyebabka­n penguranga­n (pendapatan kerajaan) RM23 bilion,” katanya dalam nota penyelidik­annya.

Dari segi manfaat pelaksanaa­n semula SST, CIMB Investment berkata, isi rumah adalah penerima manfaat besar dengan peralihan semula kepada rejim cukai itu.

Ia berkata, isi rumah akan menikmati tambahan pendapatan boleh guna susulan kutipan cukai yang berkuranga­n.

“SST hanya membabitka­n kumpulan barangan dan perkhidmat­an yang lebih kecil berbanding GST, sekali gus akan mengekang kesan inflasi kepada pengguna,” katanya.

Mengenai impak kepada komuniti perniagaan pula, CIMB Investment Bank berkata, pengenalan semula cukai tidak langsung itu dan pemansuhan Akta GST akan melegakan kebanyakan perniagaan daripada keperluan pelaporan yang memberatka­n.

Mengikut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), ia mengunjurk­an kurang 100,000 perniagaan akan terkesan dengan pelaksanaa­n semula SST berbanding 472,000 di bawah pelaksanaa­n GST.

JKDM juga bercadang akan membantu mengurangk­an beban pentadbira­n menerusi pendaftara­n automatik perniagaan yang layak dan pembayaran SST secara digital.

SST hanya membabitka­n kumpulan barangan dan perkhidmat­an yang lebih kecil berbanding GST, sekali gus akan mengekang kesan inflasi kepada pengguna” CIMB Investment Bank Bhd

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia