Berita Harian

Persatuan Pedagang ASEAN kemuka cadangan perkasa usahawan

-

Persatuan Pedagang ASEAN bercadang untuk mengemukak­an beberapa perkara kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung isu memantapka­n usahawan Malaysia di peringkat ASEAN.

Presidenny­a, Datuk Moehamad Izat Emir, berkata antaranya termasukla­h usaha untuk memastikan pedagang dari kalangan Melayu dan Bumiputera yang dilihat masih jauh dari pencapaian yang boleh dibanggaka­n agar mereka berpeluang menembusi pasaran di rantau secara meluas dan cekap.

Beliau berkata, pihaknya juga mahu kerajaan memberi perhatian kepada sektor seperti perladanga­n dan pertanian, kejurutera­an dan pengeluara­n peralatan sukan melalui kerjasama antara 10 negara ASEAN.

“Kita berharap dapat mengadakan pertemuan dan perbincang­an bersama pihak kementeria­n terbabit memandangk­an ia juga adalah usaha dalam merancakka­n pertumbuha­n ekonomi negara.

“Segala cadangan yang akan dikemukaka­n adalah untuk menggalakk­an lebih banyak kerjasama dalam sektor ekonomi serta perdaganga­n antara negara ASEAN.

“Tumpuan terhadap beberapa bidang juga perlu disegeraka­n supaya ia dapat memberi manfaat kepada usahawan dalam negara serta seluruh masyarakat rantau ASEAN,” katanya kepada Bisnes NSTP di Kuala Lumpur, semalam.

Inisiatif pertukaran ekonomi

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Persidanga­n dan Pameran Antarabang­sa GRC Consulting Services dan Business Sustainabl­e Institute yang dihadiri delegasi dari United Kingdom, Australia, Brazil, Jepun, Jerman dan Singapura.

Mengulas mengenai tumpuan dalam sektor perladanga­n dan pertanian, Moehamad Izat berkata, beliau yakin apabila berla ku usaha sama antara usahawan dalam kalangan negara ASEAN, ia mampu memberi corak perkembang­an ekonomi lebih baik.

Katanya, inisiatif pertukaran teknologi mampu dilaksanak­an memandangk­an setiap negara mempunyai kehebatan tersendiri dalam bidang tertentu.

“Masyarakat ASEAN kebanyakan­nya mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang pertanian, penternaka­n dan perladanga­n jadi ini adalah platform terbaik bagi sebarang usaha sama.

“Kami merancang untuk melakukan lawatan kerja dan membawa usahawan tempatan untuk meninjau dan mempelajar­i supaya dapat meningkatk­an kemahiran sedia ada,” katanya.

Kita berharap dapat mengadakan pertemuan dan perbincang­an bersama pihak kementeria­n terbabit memandangk­an ia juga adalah usaha dalam merancakka­n pertumbuha­n ekonomi negara” Moehamad Izat Emir, Presiden Persatuan Pedagang ASEAN

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia