Berita Harian

Hujan semula jadi

Kebanyakan hujan di Malaysia adalah hujan perolakan, hujan bukit

-

Pengetua merangkap guru Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Seraya, di sini, Puan Wan Norma Wan Pi, berkata hujan yang berlaku di Malaysia terdiri daripada hujan perolakan dan hujan bukit.

Katanya, hujan perolakan terbentuk akibat daripada pergerakan udara yang tidak stabil ke troposfera dan membentuk awan kumulus serta kumulonimb­us apabila permukaan bumi dipanaskan oleh bahang matahari.

“Udara di sebelah atasnya dipanaskan terlebih dahulu melalui proses perolakan haba dengan air di permukaan bumi akan berubah menjadi wap dan naik ke lapisan troposfera secara perolakan. Apabila sampai ke paras pemeluwapa­n, sebahagian wap bertukar menjadi awan kumulus.

“Pada paras yang lebih tinggi, wap itu akan bertukar kepada awan kumulonimb­us dan menjadi semakin sejuk daripada awan di sekeliling­nya. Apabila awan bertambah besar dan berat, hujan akan turun sebagai hujan perolakan,” katanya kepada baru-baru ini.

Hujan bukit

Hujan bukit pula terbentuk akibat daripada pemeluwapa­n yang pesat oleh udara yang dipaksa mendaki lereng bukit atau banjaran gunung.

Kebiasaann­ya, beliau berkata, hujan bukit turun di cerun bukit atau banjaran gunung yang menghadap tiupan angin manakala cerun lindungan angin hanya menerima angin kering tanpa hujan.

“Proses pemeluwapa­n membentuk awan kumulus dan nimbustrat­us. Apabila berlaku tiupan angin ke atas awan-awan tadi, udara berkenaan yang tidak stabil dipaksa mendaki lereng bukit atau banjaran gunung.

“Titisan air akan bercantum menjadi lebih besar dan sedikit demi sedikit akan gugur sebagai hujan,” katanya.

Hujan perenggan

Puan Wan Norma berkata, hujan perenggan pula terjadi apabila terdapat pertembung­an dua kumpulan udara iaitu udara sejuk dan udara panas yang juga dikenali sebagai hujan siklon.

Beliau berkata, pertembung­an dua udara yang mempunyai ciri suhu dan kelembapan yang berlainan itu biasanya terjadi di kawasan yang beriklim sederhana dan tropika.

“Udara sejuk adalah lebih tumpat menyebabka­nnya sentiasa berada hampir dengan permukaan bumi berbanding udara panas yang lebih ringan dan akan bergerak naik ke lapisan udara yang lebih sejuk.

“Semasa udara panas ini naik, tekanan udaranya berkuranga­n dan udara berkenaan mengembang dan menyejuk sehingga mencapai takat embun. Akhirnya, proses pemeluwapa­n berlaku dan diikuti dengan hujan,” katanya.

 ??  ?? Hujan diperlukan oleh sekalian makhluk untuk kelangsung­an hidup. [GAMBAR HIASAN]
Hujan diperlukan oleh sekalian makhluk untuk kelangsung­an hidup. [GAMBAR HIASAN]
 ??  ?? Puan Wan Norma Wan Pi
Puan Wan Norma Wan Pi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia